Seketika di bank negara.

Posted September 17th, 2010. Filed under Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t.

Masih dalam mood raya kah?  Mari saya membawa kalian mood sebelum raya. Hee..

Raya masa besar-besar ni macam agak kureng sikit sebab dari raya pertama sampai habis raya kena jadi bibik kat dapor sediakan apa yang patut utk tetamu yang datang.  Tapi tak apa laa..  Bukan selalu.  Walaupun habis glamour baju rayaku.

Ni, nak cerita pasal beberapa hari sebelum raya.  Saya dipaksa pergi ke Bank Negara.  Bukan sebab nak rompak bank hokay, tapi sebab kena pergi print Laporan Kredit sepanjang hidup.  Tak silap saya istilah yang digunakan oleh Bank Negara ialah Central Credit Reference Information System (CCRIS).  Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila ke sini.

Ini memang salah satu pengalaman berharga untuk saya.  Ya laa, bukan senang nak masuk bank negara, selama ni pernah lalu je.  Atau ternampak signboard dekat jalan raya.  Saya ingatkan dalam bank negara tu macam bank-bank biasa yang ada dekat Malaysia ni.  HAHA.. Rupa-rupanya tidak!!  Jauh panggang dari api.

Saya snap kesemua gambar di atas dan di bawah ini menggunakan kamera Nokia E71.. Boleh tahan laa. walaupun gambar tak sehebat E72. T__T

Proud to be Malaysian.

Ehemm.. korang pernah ke masuk Bank Negara? utk apa? meh laa kongsi.  Punyalaa rasa bangga sebab dapat masuk Bank Negara ni, sampai buat entry mcmni.

Salam lebaran saya utuskan.

Posted September 8th, 2010. Filed under Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t

Ecewahhhh, ayat ni mcm saya pulak jd penyimpan mohor besar raja-raja.  Jadi pengutus hari raya.

Mari-mari.  Malas nak taip panjang-panjang.  Al-maklumlah, hujung-hujung puasa ni, byk pulak kerja nak kena buat.  Dah laa nak raya, lepas tu banyak kerja lagi.  Macamana nak buat kerja tu, sebab mood raya dah datang.  Orang bank pun waktu-waktu ni dah malas angkat fon.  Kesian saya, sejam 5 kali kena angkat phone sbb nak bercakap dengan org bank yg tak sudi angkat phone tu.  Saya tahulaa siapa saya. T__T


//Habis ayat pengenalan dan merepek.

Serious dan muka manis.

Sebenarnye, saya nak buat ucapan raya ni.  Sewaktu entry ini di publish, saya mungkin dalam perjalanan pulang ke kampung halaman saya di Perak dan Penang.  Oleh itu, saya buat auto publish sajalaa ye.  Mungkin sewaktu di kampung, saya akan update life saya di http://feezmior.com/live.  Dibawakan secara live gitu.  HEHE.

Credit design to ShaniJ Photography.

Sempena Idulfitri ini, marilah kita sama-sama saling bermaafan, mana yg salah diampunkan.  Mana yang sedang bergaduh, dileraikan.  Yang saling dendam kita eratkan.  Gunalah peluang yang ada ini untuk saling kita bermaafan..  Ketika masih ada nafas  dihembus.

Salam kemaafan ku hulur, buat semua pengunjung-pengunjung laman usang ini.  Jika ada yang tersinggung pada saya selama saya hidup menjadi seorang blogger.  Tiada kata indah yang mampu ku ucapkan selain ucapan terima kasih kerana mendokong feezmior.com selama ini.

Semoga Syawal yang bakal menjelang tiba ini memberi seribu satu rahmat dan kemanisan untuk kita semua.  Siapa tahu, ini Ramadhan terakhir kita??

Hati-hati sewaktu pulang berhari raya.  Jangan kena saman ekor sudah okeh.  Naya laa nak membayar nnt lepas raya.

Salam Idulfitri, 1413H/2010 dari Feezmior.com dan keluarga.

Habis ucapan, kita berjumpa selepas pulang bercuti yer.  Salam Aidilfitri semua!

Adioss..

Saya dapat ucapan selamat.

Posted September 3rd, 2010. Filed under sahabat Ucapan Tahniah Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t

Semalam, waktu tengahari yang terik dan sedang sibuk melayan 2 orang boss saya,  saya menerima satu pesanan ringkas dari Kak Zie.  Kak Zie merupakan salah seorang akak paling tersenior dekat tempat kerja mula-mula saya iaitu dekat Crytal Clear Technology Sdn Bhd, Subang Jaya.

Msj dia berbunyi.. jeng jeng jeng…

Salam, Tahniah!! Mama dengan baby sihat ke??

What?? sejak bila saya bersalin?? hahaha..  Okay, okay.  Ni mesti Kak Zie salah Fiza ni..

Saya reply laa balik..

Kak Zie mesti salah Fiza ni. hehe..

Lepas tu kak Zie reply balik, tapi dengan nada sepoi-sepoi malu.  HAHAHA..  Its okay kak zie, nasib baik ckp tahniah.   Kalau sebaliknya, nauzubillah.

Sorry Kak Zie, cerita ni mcm lawak laa pulak, fizah buat story dkt sini okeh.

Tahniah dan Alhamdulillah utk Kak Fiza sebab telah berjaya melahirkan baby boy semalam.. and kak Fiza ni  ada cerita sebelum bersalin. Kak Fiza ada order dengan saya satu kuih raya.  Dah lama dia mintak, sejak awal-awal Ramadhan lagi..  Tapi saya lupa nak bagi dekat dia.

Tu, Biskut Snow Almond yang baby teringin sangat sampai mama dia dok tanya-tanya.  Dan silap saya juga laa boleh terlupa.  Nasib baik Kak Fiza sempat makan biskut Snow Almond tu sebelum bersalin.  Kalau tidak, mmg saya rasa sangat ralat dan bersalah laa.  Fuh..fuh, nasib baik laa sempat kan??

Alhamdulillah, berkat penantian kak Fiza dan suami selama 6 tahun, lahir sudah seorang hero dalam family kak Fiza, semoga baby dan mama sihat.  Nanti dah besar, boleh jaga mama dan papa. Banyak dah mama dan papa berkorban utk baby taw.

Okay, ucapan terakhir.  Kepada kawan-kawan yang sedang menanti saat melahirkan, Saya doakan semuanya selamat. Mama sihat, baby pun sihat. Especially for Kak Long YnaaOhYnaa, Kak Sobrina..  Can’t wait to see ur baby kak long :D.  Dan ynaa nnt kena panggil apa eh? Mak Ngah or Auntie Yenadey? HEHE.. gurau je!!

Pengeluaran pertama.

Posted September 1st, 2010. Filed under Nuffnang

Assalamualaikum w.b.t.

Ini merupakan entry earning Nuffnang, if tak suka jangan baca.(sekarang nak buat entry kena bgtahu dulu apa-apa yg patut)

Isnin sebelum merdeka hari tu, berjaya juga saya melakukan pengeluaran pertama hasil daripada pengumpulan sejak tahun 2008.  Ya, saya mula meletakkan iklan nuffnang saya sekitar penghujung tahun 2008 di eteqcute.blogspot saya.

Lama kan??  Tapi jangan lah fikir kalau lama pengumpulan tu, bererti banyak gilaa dah terkumpul.  Tidak!!  Earning saya cukup-cukup makan saja.  HAHAHAdoiii..

Tak apa laa, ni laa namanya rezeki Ramadhan 2010.  Walaupun kemungkinan akan dapat sewaktu penghujung raya nnt.  Boleh laa di buat sebagai duit back-up di hujung-hujung bulan.  Alhamdulillah.

Ok, diatas ni adalah screen shoot iklan yang diterima oleh eteqcute.blogspot sepanjang tahun 2008 yang mendapat pendapatan beberapa sen saja..  Tak ape, permulaan.  HEHE.  Tapi tu laa, cuba laa tengok.  Dari tahun 2008 baru sekarang rezeki datang bergolek boleh tebus pendapatan.  Mula-mula saya fikir nak cukup kan jugaklaa 3 tahun.  Kot-kot berganda-ganda.  Tapi, apa laa yang dapat andai kita menjadi seorang yang tamak.  Kalau berezeki, adalaa lagi tahun depan.  InsyaAllah.

Target tahun depan tu..  Bukan 2 3 bulan punya.

Mula-mula tu nak laa jugak aku letak semua iklan yang pernah bertapak dkt blog sepanjang 2 tahun.  Tapi keluar error lah pulak, sebab print screen jadi panjang bebenau.  HAHA.

Tak payah laa kita tayang berapa jumlah yang dikeluarkan.  Ini semua rezeki masing-masing.  Entry ini terpublish pun bersempena dengan kali pertama saya cash out earning.  Nak buat kenangan lah katakan.  Ini kenangan saya dengan nuffnang, bukan kenangan kau dan aku tahu?!  Kalau Nuffnang nak bagi rezeki berlebih-lebihan pun, apa salahnya.  Kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil hamba tadahkan. ecehh… (gurau ok)

Ramadhan yang lebih bererti

Posted August 30th, 2010. Filed under Gathering Getzzone

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Assalamualaikum w.b.t

Hujung minggu yang lepas, saya dan rakan-rakan Kelab Hyundai Getz Malaysia – Getzzone berkesempatan mengadakan lawatan ke Rumah Bakti Nur Syaheera, di Alam Damai, Cheras.

Alhamdulillah, menjadi juga event kali ini.  Selama 3 tahun Getzzone bertapak, namun ini adalah julung kali aktiviti sebegini dijalankan.  Biarpun menghadapi pelbagai rintangan dan kekangan masa, namun jumlah sumbangan yang diterima dari ahli-ahli sangat menggalakkan.  Alhamdulillah, rezeki untuk adik-adik di rumah Syaheera ini.

Selain daripada sumbangan wang tunai, AJK turut menyediakan seberapa byk keperluan yang diperlukan oleh adik-adik di rumah Syaheera ini.  InsyaAllah, dimasa-masa akan datang, lebih banyak lagi sumbangan dan kutipan yang dapat dikumpul.  Dan semoga aktiviti ini berterusan sampai bila-bila.

Jujur saya katakan disini, ini adalah kali pertama saya melawat ke rumah kebajikan seperti ini.  Saya mengharapkan ada lagi peluang untuk berkunjung ke rumah ini.  Mendengar cerita dari Pen Pengerusi Rumah Kebajikan, sayu juga hati.  Anak-anak ini kehilangan ibu dan bapa di usia yg sangat muda.  Ada juga dikalangan mereka datang daripada keluarga miskin tegar.

Biarlah gambar berbicara dibawah.  Walaupun sekejap cuma kami bersinggah, kenangan di sana terpatri indah.

Bergambar kenangan bersama Pengerusi, En Johari dan Isteri serta anak-anak Rumah Bakti Nur Syaheera.

Sebelum pulang, sempat lagi bergambar.  Seronok mereka bergambar.  Walau mereka masih malu-malu dengan kami, tapi sikap peramah mereka tetap ada.  Bila ditanya sepatah, 10 patah jawapan diterima.

Ya Allah, peliharalah mereka.  Berikanlah kekuatan untuk mereka menghadapi rintangan hidup.  Kuatkanlah hati mereka ya Allah.  Semoga mereka menjadi insan yang bertakwa dan terpelajar satu hari nanti. Amin.

Selesai majlis di Rumah Bakti Nur Syaheera, kami meneruskan dengan aktiviti tahunan kelab iaitu Majlis Jom Iftar di Nuin Little Perak, Bandar Baru Bangi.

Bergambar kenangan di Putrajaya selesai sahaja solat Asar..  Walaupun majlis tak seberapa, sokongan padu ahli mencetuskan rasa gembira.  Moga ikatan utuh persahabatan terjalin erat sepanjang masa, InsyaAllah.

Credit Pictha = Shaznemo (Click to view his portfolio)

Terima kasih di atas usaha rakan-rakan Getzzone menjayakan majlis pada tahun ini.  InsyaAllah, Semoga segala usaha dan sumbangan kita diberkati oleh Allah s.w.t.

Page 9 of 75« First...7891011...203040...Last »
This site is protected by WP-CopyRightPro