Senarai Pembentangan Bajet 2011.

Posted October 16th, 2010. Filed under Berita Semasa

Assalamualaikum.  Semoga hari minggu anda ceria.  Mari kita melihat rumusan dari rangkaian pembentanga Bajet 2011 yang telah di bentangkan oleh PM kita semalam.  Saya sendiri tak dapat nak mengikut Pembentagan Bajet 2011 secara live so saya senaraikan sajalah senarai itu dekat sini supaya kita sama-sama kongsi.  Terima kasih untuk senarai yang saya ambil dari blog kak LizaRazak dan AzuanRazi. (Hye korang teheee)

Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2011 adalah  :


1) Malaysia sudah pulih dari kemelesetan ekonomi negara dengan KDNK berkembang kepada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010 berbanding tempoh sama tahun lalu.

2) Bursa Malaysia mencatatkan 1,496 mata pd 14 Oktober 2010 iaitu indeks tertinggi sejak 2008 .

3) Peningkatan 11% menjadikan mata wang ringgit antara yang paling kukuh di rantau ini.

4) Swasta perlu sahut cabaran untuk jadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Berani menanggung risiko dan merebut peluang. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang sesuai untuk diterjemahkan.

5) Peranan swasta berimpak tinggi 1Malaysia Development Malaysia bersama sebuah syarikat di Abu Dhabi akan membina sebuah pusat kewangan Islam di Kuala Lumpur (KLIF). Kerajaan akan sediakan pelbagai insentif bagi menarik pelabur melabur di KLIF

6) Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi.

7) KWSP akan membina pelbagai prasarana perumahan negara dengan nilai RM10 bilion dalam tempoh sehingga 2020

8 ) Projek bersepadu dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta membina sebuah menara 100 tingkat

9) GLIC akan kurangkan pegangan saham syarikat Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan ekonomi negara.

10) Yayasan Hartanah Bumiputera akan berikan peluang kepada bumiputera untuk miliki hartanah komersial di bandar-bandar utama. Ini bagi mengingkatkan kepemilikan hartanah komersial di kalangan bumiputera

11) Kerajaan tambah peruntukan sebanyak RM146 juta untuk meningkatkan lagi aktiviti hiliran.

12) Taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga, pengecualian duti import, pengecualian duti import dan eksais dilanjutkan kepada kenderaan hibrid.

13)Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 ( WARISAN MERDEKA : SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR )

14) Peruntukan RM3.8 bilion untuk sektor pertanianP/s : Akan cuba diupdatekan dari masa ke semasa sekiranya berkesempatan.

15) KWSP KINI BOLEH LABUR HINGGA 20 PERATUS DALAM PASARAN LUAR NEGARA

16) Sektor pelancongan –

  1. peruntuk RM85 juta untuk sedia kemudahan infrastruktur utk bina hotel dan penginapan di luar bandar
  2. pejalan kaki berbumbung sekitar KLCC – Bukit Bintang
  3. susun semula jabatan penerbangan awam

17) Dewan gamat seketika apabila duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan.

18) Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan…ke atas semua jenis telefon bimbit

19) Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit

20) UNIK akan ditubuh di bawah JPM untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan

21) Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

22) Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

23) RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris. Akan ambil guru jati daripada luar negara untuk pertingkat bahasa Inggeris

24) Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

25) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk kaji tentang gaji termasuk gaji minimum.

26) Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan berbanding RM300 hingga RM400. Gaji tersebut termasuk elaun akan melebihi RM1000 sebulan. Ia bermulai 1 Januari 2011.

27) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon

28) 40 taska dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 90 hari cuti bersalin.

29) Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011

30) RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pelbagai program kebajikan. Termasuk program kebajikan warga emas yang dijangka meningkat 15% berbanding seluruh penduduk negara, bantuan kepada OKU …

31) Rebet bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan diteruskan dengan peruntukan RM150 juta

32) Pelepasan cukai ke atas ibu bapa, rawatan di nursing home dan pergigian, cadangan diperluaskan seperti bayaran gaji pembantu khusus, keperluan harian lain seperti lampin pakai buang, selain pelepasan cukai RM5,000.

33) Pembeli rumah dapat pinjaman 100 peratus kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 untuk pembelian rumah pertama

34) Penduduk luar bandar RM6.9 bilion disediakan utk sediakan kemudahan asas di luar bandar termasuk naik taraf jalan di Sabah dan Sarawak, bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung

35) Harga barang – Kerajaan akan wujudkan portal interaktif untuk rakyat mengetahui perkembangan terkini harga barang melalui internet dan SMS

36) : Kerajaan akan teruskan projek PIA/PIAS dengan peruntukan RM500 juta. Baik pulih kemudahan awam, pendawaian semula dll. Pelaksanaan projek seperti ini akan bantu kontraktor kelas F di seluruh negara

37)Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50

38) Elaun bulanan imam dinaikkan daripada RM400 kepada RM750 manakala imbuhan guru KAFA daripada RM500 kepada RM800 sebulan bermula Januari 2011

39) Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tak akan naik untuk tempoh 5 tahun bermula serta merta

40) 25 klinik 1Malaysia akan ditambah lagi

41) Kerajaan setuju mansuhkan sistem penilaian kecekapan awam dan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai menjelang Jun 2011

42) PERUNTUKKAN RM365 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN DAN PENGANJURAN SUKAN

43) Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk kakitangan kerajaan

44) Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk melaksanakan pelbagai program membanteras jenayah dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat di negara ini

45) RM6.9 BILION UNTUK INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

Selamat meneliti dan membaca.  Nantikan tahun depan bajet untuk 2012 pulak.

Diary tetap di hati.

Posted October 12th, 2010. Filed under Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t.

Hari-hari saya sekarang berlalu dengan suram.  Mungkin keletihan.  Tapi, saya harap korang tak mcm saya.  Moga gembira selalulah ya!

//Sudah namanya manusia, tak lari dari masalah.

Kalau dulu, tiap kali ada masalah, pasti coretan hati saya lahirkan dalam diary.  Dulu mana reti guna blog ni..  Apa itu blog pun saya tak tahu.  Sampailah tengok cerita Impian Ilyana.  HIHI.. Baru tahu, “OoooO ini rupanya blog.”

Tapi, beza tulis Diary dengan blog byk sgt bezanya.  Kalau tulis blog, saya gemar kongsikan aktiviti yang melibatkan kawan-kawan dan diri saya.  Aktiviti yang boleh dikenang sampai bila-bila.  Jarang sangat saya masukkan entry yang melibatkan masalah diri.  Tak semua orang gemar kongsikan masalah kan?

Tapi dalam diary, banyakkk lg yang saya boleh tulis.  Kadang-kadang ada juga kesan air mata melekat dalam tulisan saya tu. Dalam diary jugak, kalau kita marah dekat diri kita atau orang lain, pasti diary yg jadi mangsa contengan ntah apa-apa.  Conteng tak tentu hala sampai terkoyak pun ada.  HIHI..  Tapi paling best, bila dah nak habis setahun tulis diary, bila baca balik mesti tergelak-gelak.  Sampai member dorm pelik jugak dan ada hati nak tumpang baca diary kita sama.  :D

Eiii, skrg rasa mcm nak mula tulis diary balik lah.  Harus beli satu buku comel nnt.  Wuhuuu..  Sbb, lama tak praktis tulis tangan.  Tulisan pun dah mcm cakar kambing.  Buruk gila!!

FM:  miss my old time.

Getzzone, Mai Raya!

Posted October 8th, 2010. Filed under Getzzone

Assalamualaikum w.b.t.

Korang semua mesti dah tahu kan, hari ni hari terakhir Syawal. Walaupun hari ni hari terakhir, tapi jgn fikir tiada majlis rumah terbuka esok taw..  HAHA..  Biar lewat asal buat!

Esok merupakan hari terakhir beropen house untuk aku dan kawan-kawan Club Getzzone.com .  Sebab hari ahad tu mcm byk sangat pulak kenduri kahwin.  Ya la 10.10.10 tarikh lawa kot, sebab tu kalau boleh semua orang nak kawin tarikh tu.

Tapi ini bukan sekadar majlis rumah terbuka saja, tapi lebih kepada aktiviti mengeratkan ikatan persahabatan antara rakan-rakan yang aktif dan kurang aktif di forum Getzzone.com.  Masa ni lah kalau kita nak kenal lebih rapat dan bersua muka.  Bukan hanya bertemu di forum ja kan?

Yang lebih excitednya, aku menjadi salah sorang orang terkuat untuk event Getzzone.com kali ini. Wah wah terkuat tak nak kalah ayat kau!!

Peduli apa kalau ada suara-suara cakap, “eh, korang Syawal dah habis baru nak buat majlis raya ke?” Aku sebagai wakil akan jawab dulu, “Takpe, lewat sehari je kan? Pedehal!”

Banyak sebab kenapa kami memilih tarikh sehari selepas habis Syawal bersamaan dengan 1 Zulkaedah..  Kalau buat minggu lain, takut bertembung dengan majlis Rumah Terbuka ahli-ahli yang lain..  Nanti terkurang pulak sorang atau berdua orang.  Kalau boleh, biarlah majlis raya kali ni semua ahli sertai..  Baru meriah dan kecoh.

Ok lah, ku berdoa semoga majlis esok hari berjalan lancar.  Kepada semua Getzzers yang belum mendaftarkan diri dan membuat pembayaran, masih mempunyai masa hingga pukul 12.00am malam ni.  Ewah-ewah gitu sekali yer.  HAHA..

FM:  Mcm buat contest pulak.  Teheee..

Maher Zain Showcase and Roadtour

Posted October 7th, 2010. Filed under Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat petang.

Credit picture to http://www.raudhatussakinah.com/

Siapa tak tahu Maher Zain dah sampai Malaysia?? Turun kaki dia…  Subhanallah, suara beliau yg sedap dan merdu kalau siapa tak  kenal Maher Zain mmg nak kena dgn haku.  Nak cakap ni, hampir setiap hari saya mendengar lagu-lagu yang sangat berinspirasi.  Memang teringin nak dapatkan original CD dari Maher Zain, tapi nak nyinggah ke kedai CD belum sempat lagi.  Selama ni kalau beli album pun, aku beli original CD Dato Siti Nurhaliza jer.

BTW, ada yang nak bagi album Maher Zain tak dekat ai??  Mmg org itu baik hati.. :D

Siapa tak pernah dengar lagu InshaAllah, meh aku bagi video dia sekali kat sini.  Pertama kali aku dengar lagu ni masa dekat majlis pertunangan sepupu aku bulan July haritu.  Walaupun tengah sibuk-sibuk, sempat aku melayan lagu ni.

Bacaan Penuh »

My Raya Moments

Posted October 6th, 2010. Filed under Contest Family

Assalamuailaikum w.b.t.

Tinggal 2 hari lagi Syawal yg mulia ini akan meninggalkan kita.  Dan berganti pula dengan bulan Zulkaedah.  Alhamdulillah.  Semoga kita dipanjangkan umor untuk dipertemukan dengan bulan Keberkatan Ramadhan dan Syawal akan datang.

Berbalik kepada tajuk asal.

My Raya Moments Contest yang dianjurkan oleh Bro Eyriqazz dan dianjurkan bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)

Kalau nak tahu syarat-syarat penyertaan yang seterusnya boleh laa terjah ke Blog Bro Eyriqazz yer.

My Raya Moments

Syawal 2010 menjadi salah satu kenangan paling termanis keluarga kami. Pertama kali dalam 2 tahun ini, keluarga Ummi saya dapat berkumpul serentak. Walaupun bukan pada Syawal yang pertama, ianya tetap meriah. Seramai 22 orang cucu tokwan dan tok dapat dikumpulkan.  Dan bayangkan lah, seramai 22 org tu saya adalah cucu sulong.  Tuanya saya.

Lazimnya, pada Syawal setiap tahun, keluarga Ummi saya akan mengadakan acara makan besar atau dalam bahasa modennya BBQ.  Kalau dah nama BBQ, mesti akan ada acara bergambar.  Gambar yang saya letakkan ini adalah gambar pertama kami sepupu sepapat seramai 22 orang di ambil.  Sangat berkenangan untuk saya.  Saya akan framekan gambar ini kelak untuk kenangan akan datang.

Siapa pandai cuba teka siapa cucu paling bongsu??.. Ehem.. Melihat kegembiraan tok di apit cucu-cucu tersayang, membuat hati saya gembira.  Bukan selalu dapat tengok tok gembira dan tersenyum macam ni.  Oh, tokwan tidak gemar bergambar.  Jadi, tiada tokwan dalam gambar ini.

Gambar kedua.  Gambar yang sama tapi situasi berbeza.  Saya membuat aksi “Say babai” tapi semua org tak peduli.  Haha.  Masa ni kalau nak tengok aksi pakcik-pakcik dan makcik-makcik mengambil gambar, dapat laa tengok.  Sebab tu dlm gambar ni juga ada yang tergelak ada yang tersengih sebab tengah tengok mak masing-masing ambil gambar.

Makan sudah, bergambar pun sudah.  Masa untuk berkemas pulak.  Tapi lepas saja kami bergambar ramai-ramai, hujan pun turun selebat-lebatnya.  Hujan rahmat mungkin.

This is my raya moments.  What yours?  Lets join this contest before contest close on 31 October 2010.

Dont forget to Vote Eyriqazz for MySelangor Story Contest [ klik here ] .

Page 7 of 75« First...56789...203040...Last »
This site is protected by WP-CopyRightPro