Penentuan Juara Piala Malaysia 2010 hari ini.

Posted October 30th, 2010. Filed under Bola Sepak

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, seperti yang kita sedia maklum adalah hari penentuan Juara untuk merebut Piala Malaysia 2010.  Sejarah tahun lepas berulang kembali apabila pertemuan akhir ini mempertemukan semula pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan.  Wah wah, agak-agak pasukan Negeri Sembilan mampu tak menjulang kembali Piala Idaman Malaya ni? HEHE

Well, planning last minute begitulah..  Saya terpaksa pergi menyaksikan perlawanan akhir ni di Stadium Bukit Jalil..  Terpaksa pun sbb ada org baik hati sudi belanja.  HUHU..  Kalau jadi laa ni, ini adalah kali ke 2 saya menonton perlawanan bola sepak dekat stadium dan kali pertama menonton perlawanan akhir.  Tak tahu laa aku faham ke tak..  Tengok je laa bola tu pegi mana.

Sama-samalah kita nantikan perlawanan yang sudah pasti meriah ini.  Harap-harap tak de laa terjadi apa-apa musibah dekat Stadium..  Seriau jugak nak pergi ramai-ramai..  Nanti ada yang tersepit, terpijak, terabaa… Oppss..  Mintak jauh laa..

Semoga semangat kesukanan yg tertanam dalam diri kita digunakan untuk menyokong pasukan kegemaran masing-masing.  Bukan digunakan untuk bergaduh atau bertumbuk atau bercakaran atau bertarik rambut..  Huuuu~~~

Wish all the best and good luck to the both teams..

Random

Posted October 29th, 2010. Filed under Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t.

  1. Pagi yang sejuk.
  2. Sarapan bersama nasik lemak sambal peparu bersama dengan sisipan nescafe kurang manis.
  3. Malam tadi tidur guna Detox Foot Patch, bangun pagi ni sangat segar..  Recommended!!
  4. Esok perlawanan Akhir Piala Malaysia.  Hoben Jang Hoben!!
  5. Pagi-pagi lagi dah dengar lagu bola Hoben Jang Hoben dan Gomo Gomo Sepak Sepak
  6. Pagi ni ada meeting dengan Sales ADT Alarm System, tapi dia lambat.
  7. Esok nak pegi kenduri kawen kawan belah lelaki.  Huuu..
  8. Ahad ada percaturan hidup.
  9. Minggu depan, ada boss baru masuk.  Haihhh, macamana nak online dengan aman jika boss duduk dekat meja belakang?  Mintak-mintak beliau jenis sporting.
  10. Semalam kena cakar dengan Acot, tempang-tempang pun nak tunjuk samseng.  HAHAHA
  11. I dah ade banner baru yang lebih sweet.  Thanks Ayeem sudi buatkan I banner yg sangat sweet mcm I.  HEHE

Sekian berita random..  Jumpa lagi ~~~

Tutorial membuat avatar bertudung.

Posted October 28th, 2010. Filed under Tutorial

Assalamualaikum w.b.t.

Hai…  Hello.. Afternoon..

Ini merupakan entry tutorial pertama kali dari saya untuk korang.  Ehem..  Saya tahu, ramai dah lebih advance buat avatar bertudung ni.  Tapi, saya saja nak kongsi dengan korang yang tak tahu dan pening macamana nak membuat avatar comel dan bertudung macam ni.

Actually, saya belajar secara manual dari Cik chokis (pemilik http://www.chokilala.com) dekat Facebook dia.  Yahh, mmg pening laa Cik Chokis kita nak layan pertanyaan yang kurang pandai dari saya.  Nak-nak pasal photoshop.  Saya mmg akui, saya tak pandai berphotoshop-ing nih.

Harap-harap korang boleh faham dan ikut tutorial ni.  Nervous jugak sebab tak pernah buat apa-apa tutorial, takut korang pening kepala jer.  Dalam masa yg sama, saya rasa teruja juga sbb dapat kongsi ilmu dgn korang.  Apa-apa pertanyaan, sila kemukakan di kotak komen di bawah.

Bacaan Penuh »

Hidup terdesak, tak ada otak, terima lah padahnya.

Posted October 23rd, 2010. Filed under Berita Semasa

Assalamualaikum w.b.t.  Salam hujung minggu semua!

Wah, tajuk entry gila kasar.  Kasar tak kasar jugak la.  Lagi keji dari perbuatan penculik-penculik tak berakal ni.  Akibat kesempitan hidup, menculik kanak-kanak berumur 7 tahun di depan pusat tuisyen.  Lepas tu mintak duit tebusan 1Juta..  Bukan satu juta rupiah beb, tapi Ringgit Malaysia 1 Juta.  Wahh.. mcm masuk contest Who Wants To Be a Millionaire.  Nak kaya cepat punya pasal kannn, suka-suka hati je!!

Kalau nak berangan jadi kaya sekalipun, tak payah laa sampai culik budak.  Nyanyi je lagu I Want To Be A Millionaire senang..  Berangan laa kau orang sorang-sorang.  Eh mereka bukan sorang-sorang, mereka bertujuh.  Dari geng yang sama.

Tapi saya bukan nak racist ke apa laa..  Saya pun pernah lalui situasi di mana orang-orang sebegini mendesak untuk bekerja di tempat saya.  Masalahnya, kami tak perlukan pekerja buat masa ini.  Apa yang mereka lakukan adalah mereka akan datang berjumpa kita hampir setiap hari bertanyakan status permohonan.  Faham tak korang macamana orang terdesak nak kan sesuatu?

Memang menjadi trauma tahu tak.  Lepas kami tak melayan kehendak mereka, mereka datang serang pulak tempat kami.  Walaupun tidak nampak dengan mata kepala sendiri siapa yang lakukan semua tu, tapi kami pasti orang yang sama melakukan.  Kenapa perlu desak orang sampai begitu?

Berbalik kepada kes culik kanak-kanak tadi, alasan yang dikemukakan mereka adalah :

Terdahulu ketika rayuan, peguam tertuduh berkata, anak guam mereka terjebak dengan kesalahan itu akibat terdesak dan kesempitan hidup. Ada antara anak guam mereka berhijrah dari kawasan pedalaman untuk mencari kehidupan di bandar sehingga terpaksa berhutang dengan peminjam wang haram atau along. – petikan berita.

Wahhh, alasan.  gila gempak kan??  Orang tua-tua selalu cakap, sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua.  Ni, skrg hidup dah tak susah laa..  Makan pakai free dalam penjara.  Nak cakap padan muka pun kesian jugak.  Tapi lepas ni, fikir-fikir laa sendiri.

Source: Berita Penuh Berita Harian Online

Rasa macam sebulan.

Posted October 20th, 2010. Filed under Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t.

Pfffttt..  Baru 2 hari tak online, dah rasa mcm setahun.  Tak dapat nak tengok blog sendiri, Facebook sendiri, main twitter waktu office hour ( jgn tiru ).  Baru 2 hari tahu, bukan 2 jam..  Dan telah membuat saya rasa sebulan tak online.

Ehsan google

Dah lah handphone E71 merajuk tak nak on even kita dah charge dia.  Padahal saya tak pernah sebut-sebut dekat dia nak beli adik baru macam Iphone 4 or Blackberry torch.  Kalau sebut pun dalam hati jelaa.. sebab tahu dia pasti akan merajuk.  Tapi tak sangka, sampai dalam hati dia leh selam dan tahu isi hati gadis kepunyaannya.

Hmmm, cuba teka.  Kenapa saya tak online 2 hari?  “sebab dah insaf tak nak online waktu working hour?”- nooo “sebab nak buat org lain rindu dekat kamu?” – noooo!!! “habis tu sebab apa??” – nooo eh bukan bukan!! sebab dia adalah kerana saya baru dipindahkan dari warehouse office ke corporate office.  Meaning saya dah tak kesorangan lagi  waktu ini.  Tidak lagi dihiburkan dengan bunyi bas tengah repair dekat warehouse sebelah.. Tidak lagi dikelilingi kawasan #$&*~!A (siapa dpt teka tepat saya kasi hadiah).  Kawasan yg menguji keselamatan gadis mcm saya.

Alhamdulillah, walaupun tak dapat online sebulan (2 harilah) tapi saya rasa sangat-sangat selamat dekat sini.  Selang 2 block bangunan corporate office ada kedai minum Bandar Tua Kopi Putih atau boleh juga disebut Kopi Putih Bandar Tua atau nak yang lebih glamour Old Town White Coffee.  Tapi saya tak pernah try lg minum dekat sana.  Tak ada geng!!  Dan lagi best, depan office terpampang GIANT sebesar alam.  Jalan kaki pun tak peloh babe.  Semua tu boleh di cari dekat Bandar Kinrara.  Tak tahu?? Google Maps meh!!

And semalam, saya dapat satu hadiah.  Hadiah laa sangat kan.  Hadiah dr abg posmen yg rajin hantar hadiah.  Pening laa korang baca catatan haku hari ni.  Pasal hadiah tu nnt saya cerita.  Tak syok kalau cerita hadiah berkongsi dengan cerita perasaan tak dapat online 2 hari.

Eh.. eh.. lg satu..  Dekat Corporate office ni kann, hari-hari saya dapat jadi pelakon.  HAHAHA.. sebab saya bekerja bawah satu bumbung dengan Ako Mustapha.  WoOt WoOt.. kenal tak kenal tak?? Nasib laa dia dah kawin.  Kalau tak…. (isi tempat kosong kalau rajin)

Ok, time up for kecoh-kecoh dalam blog sendiri.  Kalau rajin saya update selang 2 hari lagi.  Miahahaha..

Page 6 of 75« First...45678...203040...Last »
This site is protected by WP-CopyRightPro