Assalamualaikum..
Si Penanam Anggur cuba nak update blog semula. Minta nasihat dan tunjuk ajar dari kalian
Assalamualaikum..
Si Penanam Anggur cuba nak update blog semula. Minta nasihat dan tunjuk ajar dari kalian
Dear blog,
Mcmnilah.. sebelum update blog, bukan main idea datang mengunung ganang. bila mula nak taip, idea tu hilang lesap mcm buat magik pulak.
Ok, nak sambung makan Soto Ayam kejap, bila idea datang balik, saya tulis balik lah..
Hadooiii…
Assalamualaikum.
Salam sabtu.. Apa khabar korang (Sila jawab dekat komen, sbb rasa mcm dah lama sgt tak meninjau dunia blogger). Menaip nih pun rasa macam janggal gila kot. Nak menaip dalam blog sendiri pun dah rasa macam masuk rumah orang lain tak bagi salam. Malu dekat blog sendiri sebab lama tak kisahkan dia.
Saya bukan sengaja tak update.. Tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan. Buka facebook pun amatlah kurang sekarang. Apatah lagi twitter sendiri. Pffffftttttttt…
Cepat-cepatlah ada orang baik hati hadiahkan saya blackberry phone. Tiada alasan tak main twitter dah lepas tuh. HEHE
Saya hadiahkan lagu ini untuk korang. Kalau semua org senyum, dunia pasti tiada penyakit!!
Assalamualaikum.
Hujung minggu lepas.. Dah habis menonton bola sepak yang menyaksikan Negeri Sembilan telah megalahkan eh silap telah dikalahkan oleh Kelantan, pulang dari Stadium menuju ke kereta yang selamat di parking dekat Endah Parade. Tahukah anda berapa jauh saya berjalan? Saya sendiri tak pasti. Tapi sesampai di rumah, mmg badan totally lembik. Lama haku tak buat kerja amal BERJALAN UNTUK NEGARA. Uhukk..
Letihh siot. Tapi, lepas guna Detox Foot Patch, badan terus segar bugar. Serious ai tell you!! Kalau mahu, contact me. Ahaks..
Dan hari ahad, telah mengadakan lawatan rasmi ke kampung tetttt… Ehem.. Gua rasa rindu sama emak lorh punya sambal sardin. Sampai skrg gua rindu. Serious ai tell you!!
Pulang ke rumah lewat malam sampai. Badan langsung lebih lembik dari semalam. Walaupun beberapa jam dalam kereta saya duduk saja sambil membuta.
Masuk kerja Isnin, komputer dalam rawatan susulan. Di format bersih-bersih, nak bagi tegang sana sini dan tukar ke baju Windows Seven yg lebih mantap dari vista. Oh, tak takk.. Komputer office tak pakai Vista pun. Dulu baju brand Windows apatah, lupa laa.. Kepala tiba-tiba jemm..
Hari ni, baru sempat nak buat karangan budak sekolah. Sebab, ingatan macam tak berapa sempurna sejak dua menjak ni.Asyik lupa sajaa.. ID (url) sendiri yang perlu di taip utk masuk ke dashboard pun boleh lupa. Serious lupa. Last solution yg haku amik, mintak dekat kawan baik tapi bukan boyfriend sambilan. Nasib dia tak merajuk dgn saya hari ni, terus dia bagi link dashboard dia. Tapi saya tak lah masuk link dashboard dia. Saya tukarlah dengan nama domain saya. Eh, nama domain ke nama hosting nak sebut nih? Haaa, serious ai tell you!!! Lupa lagik.
Pesanan ringkas dari penaja: jangan pening bila baca. Saya baca sendiri macam makin pening. Sekian. Mari sambung kerja.
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini, seperti yang kita sedia maklum adalah hari penentuan Juara untuk merebut Piala Malaysia 2010. Sejarah tahun lepas berulang kembali apabila pertemuan akhir ini mempertemukan semula pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan. Wah wah, agak-agak pasukan Negeri Sembilan mampu tak menjulang kembali Piala Idaman Malaya ni? HEHE
Well, planning last minute begitulah.. Saya terpaksa pergi menyaksikan perlawanan akhir ni di Stadium Bukit Jalil.. Terpaksa pun sbb ada org baik hati sudi belanja. HUHU.. Kalau jadi laa ni, ini adalah kali ke 2 saya menonton perlawanan bola sepak dekat stadium dan kali pertama menonton perlawanan akhir. Tak tahu laa aku faham ke tak.. Tengok je laa bola tu pegi mana.
Sama-samalah kita nantikan perlawanan yang sudah pasti meriah ini. Harap-harap tak de laa terjadi apa-apa musibah dekat Stadium.. Seriau jugak nak pergi ramai-ramai.. Nanti ada yang tersepit, terpijak, terabaa… Oppss.. Mintak jauh laa..
Semoga semangat kesukanan yg tertanam dalam diri kita digunakan untuk menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Bukan digunakan untuk bergaduh atau bertumbuk atau bercakaran atau bertarik rambut.. Huuuu~~~
Wish all the best and good luck to the both teams..