Assalamaualaikum.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti Filem Nur Kasih The Movie akan ditayangkan jua. Tak silap saya sekitar bulan May nanti. Dah tak lama pun kannnn??

Tak sabar nak tengok. Harap-harap berkesempatan laa tengok movie ni nnt. Sbb mcm dah lama sangat saya tunggu.  Tapi, for sure tiket cepat sold out..  Uhuuu

Btw, tadi berjalan-jalan dekat blog. Termasuk laa dekat blog cik epal comel ni. Ternampak pulak satu post beliau mengenai lagu tema NKTM yang dulunya dinyanyikan oleh Yassin seorang saja, tetapi kali ini berduet bersama dengan Tiz Zaqyah iaitu pelakon wanita utama Filem NKTM. Walaupun berduet, lagu temanya tetap sama seperti dalam drama sebelum ini, cuma telah diberi sentuhan yang baru.  Lebih membuatkan bulu roma teremang dengan sendiri pulak tu.

Suara Tiz dalam lagu ni pun boleh tahan sedap.  Wah, dari pelakon dan menyanyi pulak sekarang.  Harap-harap makin berkembang bakat Tiz selepas ini.

Apa-apa pun, jom enjoy video clip lagu tema Nur Kasih The Movie.  Jangan ternangis sudah laa okeh :D

P/S Feez: esok bermula hari baru untuk saya. Doakan yaaaa..

Assalamualaikum w.b.t.

Klik play untuk mendengar :D

Salam Maulidur Rasul di ucapkan untuk semua kaum umat Muhammad S.A.W. Semoga kita menjadi seorang ummat yang bertanggugjawab di sisi Allah dan Rasul kita.

Bergema selawat bersama
Tak kira tua dan muda
Raikan maulid nabi kita
Menyerlah suasana sentosa

Marilah banyakkan selawat
Tanda cinta kasihkan nabi
Berkatnya alam dirahmat
Syafaat akhirat diberi

Maulidur Rasul
wikipedia: Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Setiap tahun, lazimnya kita Ummat Muhammad akan meraikan Hari Keputeraan Nabi Muhammad pada setiap tanggal 12 Rabiulawal Hijrah. Dan begitu juga dengan cara sambutan kita. Lazimnya pada waktu ini, Masjid atau surau di kawasan perumahan akan menjemput Ustaz-ustaz dari luar untuk memperdengarkan ceramah berkenaan dengan Sejarah Nabi Muhammad.

Begitu juga dengan badan-badan kerajaan, setiap pagi tidak lengkap rasanya jika tidak melihat rancangan bercirikan sambutan Maulid Nabi peringkat Nasional yang saya rasa wajib ditayangkan pada setiap tanggal 12 Rabiulawal. Perarakan sambil berselawat, persembahan nasyid, pentomen dan sebagainya disajikan di muka TV. Sedikit sebanyak, rancangan-rancangan sebegini memberi impak dan membuka mata kita sebagai ummat beliau untuk sentiasa berselawat dan mengingati ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W.

Saya tanya pada diri sendiri ;

Adakah hanya pada Maulidur Rasul saja aku mengingatinya?
Adakah pada tanggal 12 Rabiul Awal hijrah saja kita berselawat ke atas Nabi Muhammad? atau
Nama saja Islam, kenalkah kita Nabi Muhammad sebagaimana kita mengenali artis-artis zaman ini??

Sama-sama kita renungkan. Renungan untuk diri sendiri sebenarnya.

Moga kami tergolong sebagai hamba yang beriman sepertimu Rasulullah آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

NOTA FEEZ: Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Ya Allah, besarnya ganjaranMu. Allahuakbar!!

Solat Sunat Tahajjud

Posted February 10th, 2011. Filed under Renungan Solat Sunat

Assalamualaikum w.b.t.

Solat Sunat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan apabila terjaga daripada tidur.  Kebiasaan solat ini dilakukan pada 1/3 malam atau lebih tepat lagi sekitar pukul 3 hingga 4 pagi sebelum waktu subuh.  Jumlah rakaat tidak terbatas dan dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat.

InsyaAllah, banyak fadhilat yang diperoleh jika kita istiqamah dalam melakukan Solat Sunat Tahajjud ini.  Antaranya ialah

  • Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  • Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  • Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  • Dimudahkan hisab ke atasnya.
  • Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
  • Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Lafaz Niat Solat Sunat Tahajjud


أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat Pertama:

  • Surah Al-Fatihah 
  • Surah Al-Kafirun

Rakaat Kedua:

  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Al-Ikhlas

Kelebihan Solat Malam

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

  • Jauh daripada segala penyakit
  • Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:

  1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
  2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
  3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
  4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
  5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Dari Thaus, beliau mendengar Ibnu Abbas RA berkata bahawa setiap kali Rasulullah SAW  bangun pada malam hari untuk solat Tahajjud, Rasulullah SAW  mengucapkan : Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji’. Bagimu kerajaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu adalah benar, dan nabi Muhammad saw, adalah benar, dan saat hari kiamat itu adalah benar, ya Allah, kepadaMulah kami menyerah diri, kepadaMulah kami beriman, kepadaMulah kami bertawakkal, kepadaMulah kami bertaubat, Dengan pertolonganMulah kami membantah (orang kafir), kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.” Hadis riwayat Bukhari.

Credit to : Tayibah dan Pakarhowto

Kisah sebenar di Egypt, (Baca dan sebarkan)

Posted February 1st, 2011. Filed under Berita Semasa Doa

Salam semua…

1st ly saya dengan rasa rendah hati memohon kepada semua kaum muslimin muslimat utk mendoakan keselamatan seluruh umat Islam yang berada di Mesir terutama sekali pelajar-pelajar Malaysia yang masih terkandas di sana.  Saya dengar juga keadaan juga semakin terkawal itupun menerusi blog http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/01/update-0002pm-122011-selasa-gmt-8.html.  Katanya:

alhamdulillah, laporan dari mansurah:

1. keadaan semakin terkawal, kebanyakan pelajar telah maklum akan “code orange”
2. baba (tuan rumah) melindungi pelajar malaysia
3. pelajar malaysia dapat keep update dgn menonton televisyen satelit di rumah baba masing-masing
4. jalan ke airport dari mansurah ada 4 road block yg diuruskan oleh tentera, setakat ni perjalanan pelajar dari mansurah ke airport dilaporkan selamat ketika siang hari
5. pelajar mansurah sedang menuggu arahan untuk evacuation (bagi mereka yg sudah maklum)

Dan semoga keadaan di Mesir kembali tenang dan aman.  Sama-samalah kita doakan kesejahteraan rakyat disana.
Dan di bawah ini adalah serba sedikit info yang saya copy paste di blog kawan-kawan yg lain.  Kalau nak baca pasal entry mesir, boleh rujuk blog bloggers di bawah:

—————————————————————————————————————————

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.
Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, “Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang.”
Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.
Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.
Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.

Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.

Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.

Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.

Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.

picture credit to krisis mesir
Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.
post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.
and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :’(
Enter your password to view comments.

Protected: Manusia tidak pernah tiada silap.

Posted January 28th, 2011. Filed under Uncategorized

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Page 4 of 75« First...23456...102030...Last »
This site is protected by WP-CopyRightPro