Selamat berangkat wahai sahabat.

Posted April 21st, 2011. Filed under sahabat

Selamat berangkat kawanku.
Have a safe journey. AAT

Dedikasi untuk sahabatku, AAT

Semoga kamu akan lebih berjaya disana.
Semoga setiap apa yg kamu rancangkan akan diberkati dan dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.
Semoga perjalan pergi kamu akan dirahmati dan dilindugi olehNya.
Ku pasti merindukan kamu.
Ku pasti menanti kamu kembali.

Selama mana pun kamu pergi.
Selama mana perpisahan ini.
Ku mengerti, kamu pergi membawa diri.
Dan mencari erti kehidupan hakiki.
Tabahlah wahai sahabat, Semua ini suratan.
Senyumlah walau hati kamu rawan.

Perjalanan kehidupan ini, sudah ditetapkan.
Kalau kita melawan, umpama kita khianati Tuhan.
Tapi ku pasti kamu seorang yang penuh ketabahan.
InsyaAllah, kelak akan ada sebuah berita manis sebagai ganjaran.

Jagalah diri kamu disana.
Mungkin hanya komunikasi melalui alam cyber yang menghubungkan kita.
Doa ku sentiasa mengiringimu wahai sahabatku.
Ku pasti merindukan kamu.
dan ku pasti juga kamu akan rindukan daku.

Simpanlah air matamu.

Edisi Main Masak-masak : Resepi Oreo Cheese cake.

Posted March 24th, 2011. Filed under resepi

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat hari gembira buat semua.  Ini adalah episod pertama (tak silap saya) Rancangan Main Masak-masak (MMM) ke udara.  Saya merupakan host tidak terlatih anda hari ini akan berkongsi bersama anda resepi yang enak-enak dan sesuai di hidangkan untuk keluarga.  Kalau tak sedap, diri sendiri yang akan habiskan sudah semestinya.

Sudah sediakan pen dan kertas?  Ayuh, mari kita teruskan rancangan ini.

Mana artis jemputan??  Maaflaa ye, oleh kerana kekangan bajet, saya tidak menjemput sebarang artis untuk episod pertama ni.  Tak tahu lah kalau episod akan datang ada artis yang sudi menaja diri sendiri menjadi tetamu jemputan.  Saya sudi menerimanya.

Ecewahhh…  Mana resepi ni?

Okay-okay, tanpa berlengah mari kita teruskan.  Ehem..

Resepi : Oreo Cheese Cake (Chill version)

Bahan-bahan dasar cake.

  • 200 gram oreo yang dibuang krim tengah dan di hancurkan. (Nak tebal guna lebih pun takpe)
  • 50 gram mentega yang telah dicairkan. (Kalau guna oreo lebih,mentega pun harus lebih.)

Bahan untuk filing.

  • 750 gram keju krim – recomended Philladelphia Cheese
  • 130 gram gula castor – kalau nak kurang manis leh kurangkan. jangan tak manis langsung.
  • 1/2 tbsp esen vanilla
  • 3 biji telur
  • 200 ml whipping cream
  • 1 tbsp lemon juice
  • 15 keping biskut oreo patah 4. (kalau nak lebih, tambah laa ikut suka nak banyak mana).

Acuan yang sedap digunakan : Loyang berbentuk bulat bersize 8″.

Cara-caranya ialah:

  1. Untuk dasar kek : Cairkan mentega secara double boil. Kisar halus biskut oreo yang telah dibuang krim tadi, dan campurkan ke dalam mentega cair.  Kaup-kaupkan hingga rata dan tekan padat ke dalam loyang seperti di dalam gambarajah di bawah.  Ketepikan.  Chill dalam peti ais untuk seketika.  Jangan lupa sapukan sedikit mentega pada loyang untuk tidak menyukarkan sewaktu prosess mengeluarkak kek nnt.
  2. Untuk filing cheese pula: Pukul gula dan keju philadephia hingga sebati dan kembang.  Pastikan gula cukup hancur.  Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu.  Dan diikuti dengan whipping cream dan jus lemon.  Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo yang dipatah-patah ke dalam adunan cheese.
  4. Tuangkan kesemua adunan kedalam loyang di atas dasar cake tadi.  Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam atau sehingga adunan cheese tersebut sudah keras dan senang untuk dipotong.  Jangan sejukkan di bahagiah sejuk beku, mahu jadi keras mcm batu nnt.  Berjanggut pula nak tunggu kek cair balik.
  5. Ada orang dia biar semalaman baru di potong.  Tapi kalau saya, meleleh-meleleh air liur kalau menunggu.  Kurang sabar sikit.
  6. Siap untuk di jamah.  Untuk org rumah dan tetamu.

Edit 25/03 on 1.52am : Credit utk Kak Ummi (harus click) utk resepi.  Saya ubai suai sikit2 ikut kemampuan dan keinginan.

Happy Blogging, happy cooking, happy eating.

Jari Comel : Rindunya saya dengan air tangan sendiri yang tak seberapa nih.

Assalamualaikum and good day to readers..

Hari ini berlalu dengan English class yang sempoi.  Just have a some discussion with my group.

Petang ni saya minum petang dengan sajian istimewa dari Abg Kedai Western iaitu tempura nugget di cicah dengan mashed potato.  Sempoi dan sedap.  Total harga RM4.40..  Untung betul jadi student..  Semua murah.  Mungkin sebab kalau mahal sikit je, habis tuan kedai kena maki. (maki dalam hati je laa kot)

Hari  Isnin sampai Rabu kelas akan berakhir pada pukul 5 petang.  Jadi kalau saya rasa tak nak makan berat-berat, saya akan alas perut saya dengan makanan sebegini sahaja.  Tapi, jarang sungguh laaa perut saya akan bertahan tidak berlapar.  Jam 9 sudah mula dia mendendangkan lagu syahdu minta di isi.

Oleh kerana saya terlalu sayangkan perut, maka saya akan mengalas kembali perut saya.  Kadang-kadang di bantai juge nasi goreng tengah malam buta.

 

 

Sejak menetap di hostel ini juga, hari-hari saya menjalani exersice kaki.  Kemungkinan besar, akan timbul otot-otot seperti tubuh Malik Nor yang sasa itu.  Tapi di bahagian kaki saja laa, bahagian lain belum tentu.  Manakan tidak, saya kena panjat hampir seratus anak tangga untuk pulang ke kamar beradu.  Syahdu sungguh.  Kalau tengah lapar, mmg mengigil habis kepala lutut ni.

Kalau turun kemain laju dia.

Dan, bayangkan lah kalau tertinggal barang sewaktu tergesa-gesa mahu ke kelas.  Apakah??

Untuk makluman readers, kaedah-kaedah seperti di atas bukan lah kaedah yang bijak untuk membuatkan kita kelihatan muda.  Mari kita kembali ke tajuk asal;

Bukanlah apa sangat pun, cuma ada mamat Iran bertanya kepada saya.  Are you 18 years old?


Jawapan saya :

Oh nooo, i’m 25 but my friend, Athira is 18 years old.  HAHA.

Rahsia nya macam itu laa, kalau kita berkawan dengan orang muda, maka akan kelihatan mudalah kita.  Walaupun hakikat di gambar saya kelihatan sangat kurang muda.

Assalamualaikum w.b.t and good day to everyone.  Salam Jumaat yang sungguh mulia.

 

Sudah seminggu kejadian Tsunami di Jepun berlalu.  Saya pasti, setiap manusia di muka bumi ini pasti turut merasa kesedihan di atas malapetaka yang menimpa Utara Jepun itu.  Siapa tak sedih, mmg tiada hati perut kot.

Semoga rakyat Jepun tabah utk menghadapi ujian ini.  Mungkin antara ujian paling besar untuk mereka.

Terus terang saya katakan, selepas kejadian Tsunami yang menimpa Acheh beberapa tahun yang lalu, saya menjadi amat takut dengan air laut.  Sentiasa terbayang dan teringat.  Kadang-kadang di bawa hingga ke alam mimpi.  Saya juga sering mengatakan pada diri,

“andainya ku di uji sebegitu, setabah mana dapat ku harungnya?”

Wallahualam, semoga Malaysia dijauhkan dari Malapetaka yang sgt dasyat seperti Tsunami.  Walaupun pernah terkena tempias yang sedikit cuma dahulu.

Pulang saja dari bersukan pagi tadi, saya terbaca satu tulisan yang di telah dikongsi oleh seorang rakan di Facebook.  Jadi, saya mahu sharekan juga  disini.  Semoga menjadi pedoman utk kita semua sementara masih punyai waktu untuk berubah.

 

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

 

1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4.Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

 

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

 

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

 

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

 

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

 

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Source

 

Bersediakah kita hadapi hari Kiamat?  Bersediakah kita mendengar tiupan sangkakala??

Firman Allah s.w.t:

Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah (gerun gementar) makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. (Surah an-Naml : 87)

Firman Allah s.w.t:

Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). (Surah az-Zumar : 68)

Firman Allah s.w.t:

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. (Surah Yassin : 51)

Marilah sama-sama kita renungkan.  Semoga kejadian-kejadian yang berlaku di muka bumi sekarang, dapat dijadikan iktibar untuk kita berubah menjadi yang lebih baik dan mendapat keredhaan Allah yang pastinya.

Wallahualam.

P/S : Info lain boleh lah singgah di sini. Selamat menunaikan Solat Jumaat buat kaum muslimin.

Kembali ke alam sekolah.

Posted March 15th, 2011. Filed under Campus Life Multimedia University

Assalamualaikum w.b.t. and Good day to everyone who is read my blog. Still huh?

Harap maklum, saya kini kembali bergelar penuntut. Setelah agak lama bekerja, baru laa terhegeh-hegeh nak sambung ijazah. Tak apalah kan, rezeki baru kembali. :D Rezeki orang lain-lain. Ye tak?

Alhamdulillah, masuk hari ini sudah 3 minggu saya menginap di Hotel Hostel MMU, Cyberjaya.  Saya memilih untuk tinggal di hostel kerana _ _______________ (sila isi tempat kosong kalau rajin).

Seperti biasa, kalau sudah bergelar freshie tu, tidak boleh tidak.  Harus juga menyertakan diri dalam kancah orientasi.  Ewah ayat kau feez, KAHKAH..

Minggu orientasi berjalan sangat lancar.  Biasalah, diberi tidur lambat, di suruh bangun awal.  Tapi, ku sudah makan garam lebih awal dari mereka.  Ada yg patut ikut, kita ikut. :D

Orientasi di MMU hanya berlangsung selama 3 hari 3 malam sahaja.  Orientasi yang terpaling pedek dalam lipatan sejarah hidup ku.  HAKHAK.  Macamlah sebelum2 ni saya pernah join orientasi.  KIHKIH.  Honestly ini adalah kali pertama saya terlibat dalam orientasi sesebuah IPT secara menyeluruh.

Sebelum-sebelum ni, saya rajin lari je. :D

Malam terakhir ada satu tugasan yang sangat berat.  Kena buat drama muzikal.  Duhhhh..  Habislaaa, dah laa suara saya bak itik rindukan sangkar.  Takkan nak kena berlakon sambil menyanyi.  Sewaktu orientasi, saya diletakkan dalam kumpulan 5.  Dan semasa sedang melakukan persiapan Drama Muzikal tersebut, kumpulan saya adalah yang terpaling takde preparation langsung malam tu.  Everything was prepared last minute.

Namun, syukur Alhamdulillah.  Takdir Allah menentukan kumpulan kami berjaya mengungguli carta.  Ecewaahh..  Sebanyak 7 kumpulan freshie, kami berjaya membolot tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Ehemmm, tuan director dekat luar sana.  Kalau mahu cari pelakon baru, tengok-tengoklah gambar dekat bawah ni.  :D

Spot me if you smart :D

 

Dah, habis gambar kemenangan. :D tak leh letak banyak-banyak gambar.  Sebab tak rajin.

 

Ini gambar semangat nyanyi.  Tak ingat lagu apa.  Tapi mmg semangat laaa..  Pandai senior amik gambar saya.. :D

 

Seminggu selepas Pesta (?) Orientasi..  Pesta lah sangat kannnn?? kekeke.. Pesta belon air kot.  Saya dan adik-adik satu bilik telah dengan sukarela menjadi tukang sambut tetamu bersempena dengan The Leadership Talk by YBhg. Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon titled “Journey to Success”.  Siapa Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon??  Sila google ;D

Inilah adik-adik satu bilik..  Nak berkenalan dengan mereka???  Meh laa jumpa saya dulu.  Open table satu minggu.  Teheee

Walaupun terasa diri macam dah tua gila nak sambung study, rupa-rupanya tidak.  Saya dah jumpa rakan sebaya waktu orientasi hari tu.  Satu group lagi.  So, tak dak masalah laa kalau nak sambung belajar dalam usia 25 tahun ini kan?  Harapan saya, sudah tentu mahu jadi yang terbaik dalam pengajian kali ini.

Jadikan pengajaran untuk sesuatu yang lepas.

Page 3 of 7512345...102030...Last »
This site is protected by WP-CopyRightPro