Assalamualaikum sahabat and bloggers..

Jom mengira, 1,2, dan 3. Yeah, tepat 3 hari saya bercuti sakan. Bercuti dari menulis sebarang entry. Sampai tak dak entry khas pun utk Hari Ummi.. uhukss..

Hari ini saya baru mula bekerja setelah bercuti selama sehari semalam (tak termasuk weekend). Hurmm, lesu ya amat. rasa nak bercuti lg saja.. Cpt lah hari tu tiba. uhuk..

Ok, mgkn jgk keletihan melawat bandar JB hujung minggu lepas masih ada.. Tapi rasa tak nak balik hari tuh.. Serious.. We have a greet meet up with Hyundai Getz owner from singapor.. WOW.. lepas tu tiba2 rasa teruja sangat nak berjalan ke Singapore. Nasib baik keadaan kewangan tak mengizinkan.. And tell u what, harga Hyundai Getz dekat singapore sama dengan harga sebijik Honda Civic dekat Malaysia setelah di tukar nilai mata wang sini.. Mahal sioott….

Oklah, nak cerita pergi JB tapi gambar tak de pulak dekat PC ni. Tunggu rajen sikitlah lepas ini okeh. Tp ini entry special thanks for My Love and all dear friends..

Syg and friends beli special kek kecil. CHOMEL.. WOW syg buat plan diam². Patutlah nampak berbisik² sakan, tercuit² sana, terkenyit² sini.. Duduk jauh² dari saya sampai buat saya terasa hati. Uhuks.. Tengah melayan merajuk tiba² lagu “Happy Birthday” kedengaran. Saya ingatkan utk org lain. Serious!! Geng from Singapore pun turut sporting menyanyi sama.. Tak boleh lupa.. ** Terharu sampai hari ni**.

Malam sebelum tu pulak dekat hotel dah kena 1 kilo tepung dalam bilik. Hayyoo, itu pulak plan lina.. Siap kau lina.. Akan ku balas dendam..

Lihatlah muka si gadis berumur 24 Tahun di hari Ibu.. Oh Ummi, Happy Mother’s day.. Along tak da dekat rumah, tapi Along tetap telefon ummi.. sampai kehabisan kredit Along telefon.
Ini dia muka Lina. Ok, sapa ada idea apa nak buat sebagai balasan ganti rugi utk lina pulak nanti.. Yeahh, I wait da day is come. Siap kau..

Ok, cuba lihat betul² apa yg ganjil dekat lilin kek? Dorang letak 2 batang besar and 1 batang kecil saja.. Means saya berumur 21 tahun.. Hoyeahhh.. Happy, masih muda remaja.. HAKHAK.. nak wat surprise lagi sampai kelam kelibut.

Tenkiu sayang.. Saya sayang awak sangat².. Terima kasih kerana sudi menceriakan hari² saya..

Kalau orang tanya, best tak kena surprise? Saya jawab. Tak best sbb saya senang dapat saket jantung akibat terkejut. Korang suka ke kena surprise? Sila jawab di kotak comment yang comel.

Catatan Terakhir #23

Posted May 7th, 2010. Filed under Uncategorized
Hari ini hari Jumaat, Jumaat adalah penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yg manis skali. Hari ini saya pergi kerja dengan berkain batik, berbaju kurung Riau kuning cair, bertudung hitam ala² tudung Ekin. Eceh, lama sangat tak berbaju kurung, biasa hari² pakai uniform Merah Putih (sebijik macam mak guard T___T).
Ini bukan entry nak promot baju kurung okeh. Kakak Saudara En Jebard ada membuka tempahan baju kurung, pembaca di sekitar Seremban yg mahukan tempahan dengan harga berpatutan boleh hubungi saya segera. oppps, terlebih sudah.HAHA. 
Eh, sebenarnya ini entry khas sempena hari terakhir saya berumur 23 Tahun.. Sob..Sob.. Dah tua aku T__T, tp Alhamdulillah, masih bernafas.
Marilah layan gambar dibwh, rasa sungguh lama tak menampal potret sendiri di ruangan entry. Bila dah lama, tak tahu pulak perubahan ketara dekat muka sendiri. Sekarang rasa macam berbelah bahagi nak letak ke tak.. Oh men, gemuk sgt. T__T
Ini dia muka 23 tahun, nnt hari terakhir 24 tahun, kita tengok beza tak beza.. Tu tunggu tahun depan lah okeh.

 Ada lagi satu kat bawah.  Sure korang mst tak puas tengok.. HAHA.. 
Banyak sebenarnya wishlist sempena birthday tahun ini.  Tp saya nak simpan dalam hati, sbb saya nak usahakan sendiri, nnt bila betul-betul dah dapat, baru boleh buat tayangan amal dekat sini.. Bukan nak menunjuk atau meninggi diri, tapi nak buktikan saya boleh dapat sendri. HEHE. 
Nantikan saja entry bila-bila dari sekarang.
Marilah saya letak satu lagi gambar yang lebih membuatkan saya berazam mahu kecikkan sedikit saiz pipi.. Sob sob.. 
Sebab tu kalau bergambar saya lebih gemar mengiringkan muka saya ke sebelah kanan. kalau depan² macam ni. haiyooo. kalah Sin Chan, tapi comel macam Mia Sarah Nasuha (Amani) pulak.. Okeh, dia dah setat perasan.. HEHE..
Ok, beransur ke meja kerja dahulu. 
Happy weekend ya. Minggu ini ada aktiviti berjalan ke JB.  Doakan perjalanan saya selamat pergi dan pulang.  Blogger di JB yg ternampak saya bersama konvoi Getzzone.com sila lah tegur² ya.. :D Jaga diri korang, jgn nakal².  Tolong jaga belog oren ini ya..

Chili’s Dan Mr IronMan 2.

Posted May 6th, 2010. Filed under Uncategorized
Yeaayy, sudah dpt tengok IronMan 2. Hasil usaha Nida beberapa kali mencoba utk booking tiket hari selasa lepas. Ok hari ini hari khamis, baru dapat bikin entry setelah entry ini dibengkalai dlm folder draft.. pheewww…
Hari tu dok meroyan bagai kat entry ni. Lepas tu semua suruh buat online booking. Sapa kata online booking senang? Nida cuba dekat 5 kali tahu nak booking ni. Itu pun dapat tengok pukul 11 punya tayangan. Org dah nak masuk tidur, kami pergi tengok wayang. Nasib baik cinema tidak menjadi bilik tidur kami.
Eh, apa kena mengena dengan tidur sambil nonton wayang? Mana tak mengantok, sblm tayangan bermula, kami telah serbu Chili’s.. Masuk cinema, perut boroi di penuhi makanan bercirikan barat.
Pukul 9 dah tunjuk muka dekat OU tuh, pukul 11 tayangan. Habis nak buat apa 2 jam tunggu situ kn? setelah Nida pergi tuntut tiket, kami terjah laa restaurant yg berdekatan.. Kedai apa lg yg dekat yg betul² dekat bwh cinema kalau bukan CHILI’s kn? hehe
Honestly, ini adalah pertama kali saya dan En Jebard cuba makan dekat sini.. Maklum sajalah, kalau tempat² mcm ni, harga menu dia org berduit saja mampu makan hari². HEH, saya kalau dapat makan kt situ hari², habislah kolestrol saya mencanak naik.
Maaf, gambar dibawah tidak disertakan dengan tajuk menu. Saya tak ingat pulak apa nama menu dia sebab pertama kali kn, tapi marilah cuci mata ya..

Burger ni En Jebard punya, En Jebard mintak medium well cook (kalau tak silap, mcmni la istilah yg digunakan). Sedap jugak. Kongsi dua orang pun cukup kenyang.

Menu yang tiba² datang membuatkan meja hampir separuh penuh ini dipilih oleh Cik Nida kita, byk betul dia punya side order.. HAHA.. style macam arab saja.. Macam dekat SABA’ Cyberjaya punya roti pun ada.. bak kata hasyir “roti pratha dia beli dekat Giant”:pandacloud_26: Saya rasa menu ini lebih bercirikan arab lah.

Ok, cepat teka sapa punya lamb grill neh? Ok, yg ini boleh diberi thumbs up. Walaupun harga dia lebih murah dr menu² di atas, tapi sgt menyayat hati bila dijamah. Super best! Feez like dis.
Ada lagi satu menu, hasyir punya. Tapi tak sempat disnap oleh kerana bateri kamera tengah semput. Hehe, sbb tu gmbr tak elok sgt. Sbb kena cpt² snap gambar sblm kamera mati kesemputan.. Menu Hasyir sampai lambat, tak dak rezeki laa aku nk tayang kt sini eh Hasyiaq. Oleh sebab kekurangan satu lagi menu, jd marilah saya letak satu tambahan gambar sebagai syarat cukupkan quota ya. Kalau ikut sunnah Nabi, lelaki boleh kawen 4. haha, takdak kena mengena.
Ini juga adalah sebahagian dari kesukaan saya.. Kadang² jadi peneman setia terutama dikala trafik jammed melanda. Walaupun kurang berkhasiat, tapi saya tetap suka.. hiks..

Ini lah dia, memperkenalkan Mr Mamee monster dan coklat. :pandacloud_27:  Ada janjy dekat Kak yan nak kongsi aritu, sorry la sist, dah habis 1 paket besar :D
Nota Hati:
  1. Air dekat Chili’s boleh direfill byk kali.  Tapi air tak boleh kongsilah. Kira perperson. Saya suka perisa Lemonade.  Sedap!
  2. Abg IronMan makin hensem dengan uniform baru dia.  Tapi, kenapa cerita dia tak berapa nak handsome. byk sungguh petanyaan yg bermain diminda saya sewaktu menonton.  Tp dia punya teknology mmg terbaik.  Guna system komputer dekat udara.  Perghhh..  Mmg adakah teknology mcmtuh?  Mcm guna IPhone, tp versi komputer.
  3. Lepas ini, nak kena pergi tengok cerita Hooperz pulak.  Ada pass percuma yang tak digunakan lagi.  Seminggu di tangan, di beri free oleh Kakak & Abg Hot FM Viva Zoomers last week.
pstt, korang dah lunch? makan apa??

#2 Alahai traffikku.. (Edisi timbang tara)

Posted May 6th, 2010. Filed under Nuffnang

Hellow reader.

Setelah bersarapan dengan 2 karipap 1 cucur badak yg telah dibeli oleh kak syikin, minuman pulak nescafe yg dibuang ais sedikit yg dibeli oleh Mr Love saya. Saya telah bersedia dengan sepenuh jiwa utk memaparkan rekod analitik saya sepanjang minggu ini bermula dari 28 April sehingga 04 May. Rekod ini di print skrin sekitar pukul 11.40 malam td.

Ini hanya utk simpanan dan rekod saya. Kali terakhir saya merekodkan didalam entry adalah pada 3/2/2010 di entry ini, iaitu sekitar 3 bulan yang lalu. Kalau ikutkan, trafik saya mmg menurun dari rekod sebelumnya. Mgkn sewaktu trafik tengah meningkat naik dahulu, saya tidak menggunakan peluang itu dengan baik. Walaupun kelihatan trafik agak baik waktu itu, tapi graf tidak stabil. Sehari dua saja cecah 100, lepas tu kembali ke sedia kala :pandacloud_14: .

Saya punya trafik memang tak sehebat kamu..kamu.. dan kamu. Heh, itu kan rezeki masing2..


Tetapi Alhamdulillah,saya bersyukur. Sebab, peningkatan yg sangat ketara berbanding beberapa bulan dahulu. Saya mencuba berusaha dengan lebih keras, saya cuba ambil nasihat yg dikongsi rakan2 sebagai kata2 perangsang saya.

Dan saya mohon kalian memberi ruang kepada saya dalam dunia blogging ni.. Kritik apa yang perlu dikritik, nasihat apa yg salah dan pujilah jika perlu dipuji. HEHE.. itu sebagai motivasi saja tahu..

Apa yang saya belajar dari rekod diatas adalah. Hari-hari kena kasi mahu update wokeh. :laptop:Tableh ponteng kerja lagi macam dulu.. Haih, semoga semangat ini sentiasa berterusan. Aminn..

Nota mulut: utk adik2 yg baru dalam bidang blogging, kalau blog korang tengah sarat dengan trafik, teruskan usaha.. Pasti akan ikut jejak abg², kakak² dan kawan² korang yg ada trafik bagus.

Gangguan Jiran Sebelah.

Posted May 5th, 2010. Filed under Uncategorized

Ceriakan pagi korang dengan senyuman yang menawan.
tapi boleh tersenyumkah korang bila keluar rumah pagi² mata korang diserikan dengan situasi begini?? :pandacloud_16:


Kelakar tak?? ke lucah macam ni?? hahaha.. Agak² laa kalau nk sidai spender sampai macamni sekali.. sehari brapa lai lah penghuni rumah ni tukar spender eh? byk gila.. ke, seminggu tak basuh? KEHKEH

Sorry laa kalau entry ni sgt annoying. Nak happykan diri sendiri saja. :pandacloud_32:

Update 12.30pm: opss, tersama pulak gmbr dengan broframeston.. sorry eh bro, tak perasan pun. Hehe, kalau korang nak tengok entry bro pasal gambar yg sama, klik laa sini ya.. Peace bro.. :pandacloud_14:

Page 20 of 75« First...10...1819202122...304050...Last »
This site is protected by WP-CopyRightPro