Wordless Wednesday #2 – Sayang Atok

Posted August 25th, 2011. Filed under Family

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadhan dan Selamat menyambut ketibaan Syawal minggu hadapan.

Mari layan 3 keping gambar yang penuh makna.
Hari Ahad yang lalu, kami sekeluarga dikejutkan dengan perkhabaran yang Atok saya dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung.

Perkembangan terkini, atok telah dipindahkan dari CCU Hospital Taiping ke Wad biasa.  Tapi tidak pasti bila boleh discharge dari hospital.

Along doakan semoga atok kembali sembuh dan boleh tersenyum macam selalu.
Tunggu Along balik Jumaat nanti okay..

Wordless Wednesday #1 – DurianOhDurina

Posted June 29th, 2011. Filed under Wordless Wednesday

Comelnya ayah saya..  :D

Mahu durian itu.  Harapan saya ayah membawa balik sebanyak mungkin durian ke rumah kali ini.

Miss you, Blog!

Posted June 14th, 2011. Filed under Campus Life Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t.

Oh, rindunya saya dekat blog ini.  Alhamdulillah, awal bulan Jun hari tu genap sudah setahun blog ini beroperasi atas domain sendiri.  Saya masih lagi lemah dalam berbicara soal domain & hosting.  Jika ada kesilapan, mohon diperbetulkan.

Jujur!!!  Saya rindu menulis, kadang-kadang hanya membuka diruangan ‘dashboard’ sahaja, lepas itu saya update  apa yang perlu dan saya log out.

Kenapa kering idea?  Saya sendiri tak pasti.  Biasalah, turun naik dalam menulis ni sentiasa ada beza.  Saya ingatkan bila diri saya sudah melangkah ke alam pelajar kembali, banyak lah juga masa boleh di berikan pada blog.  Rupa-rupanya tidak.

Saya juga sudah amat jarang mahu berjalan-jalan ke blog rakan-rakan yang lain.  Maaf, bukan sombong.  Kadang-kadang singgah, tp tidak meninggalkan komen pun.

Berbulan juga saya tidak keep in touch dunia blogger.  Ramai juga kelahiran blogger yang baru dan tak kurang yang mengubah haluan dan cara penulisan mereka.  Alhamdulillah.

Oh, tidak kurang juga dengan gossip-gossip hangat yang memang meliar sejak kebelakangan ni.  Wallahualam.

Sementara ini, saya akan cuba untuk merubah dan mengemaskini template blog ini.  Nak bagi mood sendiri naik pun ada juga.  HEEE..

Jaga diri dan semoga berjumpa lagi.

:D

Assalamualaikum, saja ja nak update pasal pemansuhan kutipan tol dekat Lebuhraya Hubungan Timur-Barat.  Saya pun tak pasti kat mana terletaknye tol ni.  HAHA..  Apa2 pun, kurang lagi satu beban rakyat..  Walaupun sikit.

Petikan dari BH online.

KUALA LUMPUR: Kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught dimansuhkan serta-merta malam ini, tujuh tahun lebih awal daripada tempoh tamat konsesi lebuh raya itu pada 31 Mei 2018.

Majlis pemansuhan kutipan tol itu disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, malam ini.

Alhamdulillah, penduduk di sekitar toll berkenaan boleh tarik nafas lega dah..  :D

 

Nota : Bilaa laa agaknya toll dekat Puchong ni nak dimansuhkan…?

Saya mmg kurang rajin.

Posted May 10th, 2011. Filed under Uncategorized

Dekat 3 bulan duduk MMU, tapi berapa kerat je update saya buat.. Bagus sungguh..
:D

Page 2 of 7512345...102030...Last »
This site is protected by WP-CopyRightPro