17 Ramadhan 1413 Hijrah

Posted August 27th, 2010. Filed under Uncategorized

Assalamualaikum.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Seperti yang semua orang maklum, kebanyakkan negeri di Malaysia bercuti bersempena dengan peristiwa Nuzul Quran.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.  Credit – Wikipedia

//Sedikit petikan mengenai peristiwa Nuzul Al-Quran saya ambil dari wikipedia.

Dan, diam tak diam, dah lebih separuh bulan kita menjalani ibadah puasa.  Alhamdulillah, puasa saya tak pernah tinggal lagi.  Harap-harap tak tinggal langsung laa untuk tahun ni. :D

Apa khabar tok,tokwan, tok mat, opah dekat kampung agaknya?? Rindu sungguh nak balik kampung..  Tapi seperti biasalah, tunggu dekat-dekat raya esok, baru laa boleh balik berbuka sama-sama.

Persiapan raya?? Zero.. hanya ada kuih-kuih raya dari Mak Lang yang sememangnye byk tempahan dari sini.  Itu pun untuk orang-orang yang dah buat tempahan. Kalau untuk keluarga, pastilah ummi yg akan uruskan nanti.

Korang pulak macamana? dah siap ke baju raya yang tempah tu? Kuih muih dah mula buat ke?

13 hari lagi Syawal akan menjelma, 3 hari lagi dah masuk 10 malam terakhir ramadhan.  Ambillah keberkatan 10 malam terakhir untuk kita memperhebatkan lagi ibadah harian kita, Ramadhan cuma sekali setahun, mana tahu mungkin ini Ramadhan terakhir kita.  Wallahualam.

Iftar di Saba’ Restaurant, Cyberjaya

Posted August 24th, 2010. Filed under Iftar

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa hari ke 14 semua.

Ahlan Wahsallan ya habibi, ya maulana.  Sekarang anta mahu updatelah. Eceh.. tiba-tiba berkomunikasi bahasa Negara Timur Tengah.  Mentang-mentang baru lepas iftar dekat Saba’ Restaurant 2 hari lepas.  Nahh, dah 2 hari lepas makan, baru gedik nak update.  Kesian blog.. Kesian blog.. tapi tu laa, tuan blog ni tiba-tiba terkena sakit angin malas.

Bersempena dengan iftar hujung minggu, kawan-kawan bekas rakan sekelas Diploma Akauntasi Polisas ada mengajak berbuka puasa barang.  Alhamdulillah, kelapangan masa muncul jua.  Dapatlah berdating dengan mereka.  HAHA..  Memang kalau ada gathering atau hari lepaking, mmg muka ini saja yang akan muncul.  Kebanyakkan rakan sekelas yang lain, sudah mempunyai keluarga yang perlu di uruskan :D

Tempat tujuan kami adalah di Saba’ Restaurant, Cyberjaya (dah bagitahu dkt atas, tapi nak bgtahu lg). Termasuk kali ini rasanya baru 3 kali makan di restoran arab ni.  Makanan dia mmg superb habis.  Siapa tak cakap sedap aku tak faham laa selera mereka mcmana.  HEH..  Cumanya nak ke Cyberjaya, risau tersesat jugaklaa..  Jenuh tilik Google Maps, langsung tak jumpa.  Bila cuba Google search pulak, terjumpa blog kak sumijelly and cuba jugak Google Maps mengikut alamat yang diberi.  Tetap tak jumpa. T__T

Jadinya, kami berkeputusan untuk keluar awal dari rumah.  Memang awal jugaklaa, lepas asar terus keluar.  Sebab risau kalau-kalau tak jumpa jalan.  Dan jangkaan saya memang tepat.  En Jebard terlajak sampai ke MMU sebab dia dok mencari-cari “Wangsa Walk”.  Padahal dekat cyberjaya ni, mana pulak datangnya “Wangsa” tuh.  HAHA HUHU..  Rupa-rupanya bukan Wangsa Walk, tapi Cyberjaya Mall kot..  Lari jauh gila.

Kami tiba seawal jam 6 petang rasanya.  Menanti pula ketibaan rakan-rakan tersayang yang sudah pasti turut tersesat.  HAHA

Ok, bila dah sampai, saya terpinga-pinga jugaklaa.. Apasal ada orang beratur dekat kaunter.  Tengok orang dah siap-siap order dah.  Sebelum saya order, baik saya tanya dulu.  Rupa-rupanya yang beratur dan order tu bukan untuk makan di restoran tetapi siapa-siapa yang mahu take away.  Memang ramai jugak yang take away.

Sila lihat gambarajah diatas.  Macam tu laa rupa orang menanti kawan-kawan dia sampai.  Sambil-sambil jeling pasangan chinese yang tengah melantak dekat meja sebelah.

Memperkenalkan Cik Nardia dan

Cik Ima mamat.

Selepas ketibaan 2 orang puteri ni, kami pun survey la meja.  Siap tersilap duduk dekat meja area buffet lagi.  Oh, sebelum terlupa, Saba’ Restaurant turut menyediakan juadah ala buffet bersempena Ramadhan kali ini.  Harga untuk sekepala pula adalah RM35.00 Nett.  Oleh kerana perut kami bukan lah perut buffet, maka kami memilih untuk menikmati ala kadar saja.  Ala kadar laa sangat katanya.  HAHA

Ini makanan tambahan untuk saya dan En Jebard, Lamb Akdah Saba’ Restaurant.  Rasanya boleh tahan.  Tapi oleh kerana perut dah kenyang, habis separuh sajalah.  HAHA.

Ini pula, menu utama untuk si penulis yang comel ini.  Lamb Kabsah with rice.  Nyummy.. Tapi sebenarnya kalau ambil Chicken Kabsah lagi sedap kot.  Saya dan Nard order Lamb Kabsah, manakala En Jebard dan Ima pula order Chicken Kabsah.

Ini adalah minuman yang famous dekat mana-mana restoran arab.  Tapi saya tak berapa nak pasti pulak kalau yang ini betul-betul Barbican.  Sebab dekat bottle tu tulis Bavaria.  Tapi mungkin nama jenama dia kot.  Entahlaa, tak sempat bertanya dengan abg Arab dkt situ.  HIHI.

Lama juga sebenarnya saya tak ke sini.  Rasa-rasa kali terakhir datang sekitar tahun lepas.  Kebanyakkan interior dalaman dah bertukar wajah begitu juga dengan Menu book dia.  Ada juga ditambah beberapa menu baru.  Harga dia untuk sesetengah menu juga dinaikkan. Macam harga untuk Chikcen Kabsah for Quarter sebelum ini adalah RM8.00 tetapi sekarang sudah meningkat menjadi RM10.00.  Mujur dekat Saba’ Restaurant ni tak ada dikenakan service or tax charges.

Ok, dah tamat dah.  Lagi 16 hari lagi nak sambut Aidilfitri. =_= tiba-tiba!!

P/S: Abg Arab yang amik order tu comel. Boleh bercakap no dalam bahasa Malaysia lagi.  HIHI

Kejadian Ribut di Bazaar Ramadhan Jasin.

Posted August 14th, 2010. Filed under Berita Semasa

Assalamualaikum w.b.t.

MasyaAllah, Astagfirullahalazzim.  Itulah perkataan pertama yang keluar dari bibir saya.  Ya Allah, sungguh kuat hamba-hambamu di duga di bulan yang penuh rahmat ini.  Tabahkanlah hati mereka yang menerima dugaan ini ya Allah.

Saya akui, saya tidak menonton berita malam tadi.  Oleh itu, agak kurang tahu mengenai isu semasa yang berlaku. Pada mulanya membaca tajuk entry di blog Ann, saya fikirkan perkara kecil yang berlaku.  Singgah pula di blog Eyra, Ya Allah..  Mmg terkedu saya melihat video di bawah di blog eyra.  MasyaAllah..

//Petikan akhbar Kosmo

Tiga terbunuh dalam kejadian ribut di Jasin
13/08/2010 11:22pm

JASIN — Dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh menakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut dalam kejadian yang melanda kawasan Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul bin Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

“Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah yang diterbangkan ribut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Che Suza berkata, Abdul meninggal dunia ditempat kejadian, Mahadi di Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.

Mayat Abdul dan Mahadi dibedah siasat di Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka. – Bernama

Al-Fatihah buat keluarga mangsa. Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar dan pedoman untuk kita semua. Semoga kita dilindungi dari segala bencana yang tak terduga ini.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membuka minda dan hati kita, bertapa besar nya kuasa Allah.  Dari Dia kita datang, dari Dia jugalah kita pulang.

Bismilllahirahmanirahim.

Assalamualaikum w.b.t, Salam 3 Ramadhan 1413H.

Mengikut kenyataan dari Berita Harian Online -

KUALA LUMPUR: Cuaca di Semenanjung Malaysia dijangka kering sepanjang Ramadhan tetapi musim hujan semasa minggu pertama Hari Raya, menurut petugas Jabatan Meteorologikal Malaysia.

Beliau berkata pada bulan puasa cuaca boleh mencecah maksimum 33 darjah celcius pada siang dan minimum 24 darjah celcius pada malam.  Mereka yang berpuasa pada Ramadan boleh mengalami penyahhidratan dengan cepat dan dinasihati minum banyak air,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.  Walaupun kemungkinan cuaca panas, katanya Malaysia masih mengalami monsun Baratdaya sehingga bulan depan dan hujan sekejap-kejap dijangka berlaku pada tiap hari.

“Hujan ribut petir dijangka berlaku sekali-kali di pantai Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Barat pada awal pagi. Negeri-negeri lain dijangka menerima hujan sekejap-kejap pada sebelah petang,” katanya.

Untuk minggu pertama Hari Raya, beliau berkata musim hujan akan berlaku yang dijangka di Semenanjung Malaysia, khasnya pada lewat petang berbanding bulan ini dan awal September.

Untuk keterangan lanjut sila layari www.met.gov.my untuk mengetahui cuaca setiap hari di bandar raya utama dan bandar di Malaysia. – BERNAMA

Oleh yg demikian, jagalah kesihatan masing-masing.  Pasti ada gangguan kesihatan akibat perubahan cuaca kan.
Sedikit tips Jagaan kesihatan di bulan Ramadhan

Lakukan -

  • Makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia / kandungan gula yang rendah yang boleh menyebabkan kelesuan.
  • Makan makanan yang lambat hadam terutamanya waktu sahur, yang mampu bertahan selama 8 jam. Karbohidrat kompleks seperti oats, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyak fiber.
  • Minum banyak air suam untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan / dehidrasi.
  • Mengambil suplemen kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan; contoh – Vitamin C, Pharmaton dan herba habbatussauda.

Elakkan -

  • Tidak makan secara berlebihan terutamanya ketika berbuka dan sahur. ia akan menyebabkan badan korang rasa letih dan malas.
  • Tidak mengambil makanan yang cepat dihadam. Ia hanya mampu bertahan selama 3-4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat dihadam adalah makanan yang mengandungi karbohidrat ringan seperti gula, roti putih, dan sebagainya.
  • Mengurangkan makanan yang digoreng dan berlemak. ia menyebabkan ketidakhadaman, sakit perut dan penambahan berat badan.
  • Tidak meminum teh secara berlebihan kerana ia mengandungi theophylline yang menyebabkan kita kerap membuang air.

Credit to I Luv Islam

Note: jagalah kesihatan korang ye.  Mesti akan dapat gangguan kesihatan ketika cuaca kering macam ni.  Minumlah air kosong secukupnya..  Semoga urusan pada Ramadhan ini dipermudahkan.  InsyaAllah.

Nota Puasa hari pertama

Posted August 11th, 2010. Filed under Uncategorized

Assalamualaikum.

Doa Hari – 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dari Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku… Wahai Tuhan Sekalian Alam!!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Amacam puasa hari ini? boleh tahan lagi tak?  Saya, Alhamdulillah dan InsyaAllah, mampu bertahan.  Tapi kalau waktu macam ni, zaman kanak-kanak dulu, pasti dah berbuka dah.  Puasa separuh hari pun dikira juga.  Punyalah mak ayah nak melatih anak berpuasa.  Hari-hari puasa separuh hari.  Dapat laa puasa setengah bulan Ramadhan. HIHI.

Zaman sekolah rendah dulu, mmg rasa letih sangat-sangat.  Sebab, ada sekolah kebangsaan waktu pagi dan sekolah agama waktu petang.  Bayangkan laa dulu, waktu zaman duduk rumah flat, uncle bas sekolah turunkan kami budak-budak sekolah bukan macam dekat kawasan perumahan teres.  Kena berjalan lagi, kena naik tangga rumah lagi (Sbb umah flat kaw Pantai Dalam dulu mana ada lift).  Punya letih waktu tu.  Dah sampai rumah, kalau bukan bulan puasa, kena makan dulu.  Tapi kdg-kdg tak sempat makan pun.  Sebab hanya ada lebih krg 1/2 jam saja nak bersiap tunggu bas sekolah agama datang.

Okay laa, kalau dah cakap zaman kanak-kanak, mmg tak lari dari situasi PONTENG PUASA.  Ada masa tu, siap pakat adik beradik.  Kau simpan rahsia kau, aku simpan rahsia aku.  Ada jugak cara lain tak nak puasa.  Waktu dekat Sekolah Agama, kan wajib solat Asar jemaah sama-sama.  Masa ambil air sembahyang tu laa masa yg paling ditunggu-tunggu.  HAHA.  Punyala lama siap ulang-ulang ambil pulak tu.  Buat-buat kentut lepas tu ambil lagi sekali.  Waktu kumur-kumur tu apa lagi.. Heaven gila!

Dan paling mensakitkan hati melihat adik-adik darjah 1 2 yg tak puasa.  Boleh dorang melantak mihun goreng dalam bas sekolah waktu balik pulak tu..  Ya Allah.  Tapi, nama pun kanak-kanak riang, apa laa yang dorang faham kan.

Bila dah besar panjang, cantik manis, cute comel ni.  Kau faham-faham sendiri lah nak puasa ke tak.  Dah besar panjang pun, takkan nak ponteng lagi.  Takkan laa nak tunggu kena bebel baru nak puasa.  Kadang-kadang saya tengok, makin tua, makin tak betul orang sekarang.  Bulan Puasa pun tak reti nak respect.  Siang-siang pegi belakang kilang hisap rokok, makan nasik bungkus.  Ada juga yg jenis siap bawak bekal dari rumah. Opss..

Itu semua pengalamanlah kan. Yang buruk jd kan pengajaran, yg baik dijadikan panduan.  InsyaAllah, semoga puasa hari pertama diberkati Allah s.w.t

Page 10 of 75« First...89101112...203040...Last »
This site is protected by WP-CopyRightPro