0

Sempurnakah solat kita? #Notetomyself

Posted February 7th, 2012. Filed under Web Site Wordless Wednesday

Assalamualaikum wbt.

Salam sejahtera ke atas semua pembaca yang masih sudi untuk singgah ke blog Feeza ini. Memang Feeza akui yang blog ini sudah terabai lama dan tidak bersentuh. Sekadar meng”update” melalui telefon dan ber”entry” pendek sahaja.

Sudah lama tidak update kehidupan disini. Kalau dahulu bila punya masa kelapangan, ada sahaja perkara nak bercerita.

Sejak berginjak umur yang menjangkau pertengahan sebelum 30an, Feeza sering tertanya-tanya pada diri sendiri. Apakah sempurnya solat ku selama ini? Kalau dahulu, bukan sahaja tidak bersolat atau solat tinggal-tinggal, malah kalau bersolat tu mesti tak sampai 3 minit. Laju macam keretapi.

Sampai nenek Feeza sendiri pernah tegur; “awat sat sangat hang solat? Hang solat ka, Hang bangun duduk bangun duduk?”

Masa nenek tanya tu, memang Feeza buat tak tahu sahaja sebab sebelum tu dia yang bebel-bebel suruh solat. Pemikiran Feeza masa tu nak kejar masa tengok tv. Janji dah siap solat!!

Kalau ditanya rukun solat pada semua orang tahu atau tidak, pasti ramai yang jawab tahu bukan? Iyelaa rukun tersebut diajar oleh ibu bapa kita sejak kecil lagi. Masakan boleh lupa.

Alhamdulillah, Allah kurniakan akal kepada manusia untuk kita berfikir. Dengan medium yang ada pada ketika dan zaman ini, banyak sungguh ilmu agama boleh diperoleh hanya dengan menggunakan hujung jari.

Doa duduk antara 2 sujud

Pada satu masa, selepas Feeza membaca ayat dan maksud di dalam gambar diatas, barulah terasa hina sungguh diri ini. Baru lah Feeza sedar yang setiap pergerakan kita didalam solat, ada doa untuk diri kita sendiri. Walhal, doa sewaktu duduk antara dua sujud lah yang paling cepat dibaca. Sedikit ilmu Feeza nak kongsi dengan kawan-kawan.

Setelah sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqal ALLAAHU AKBAR, kemudian terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk yang lain lagi.

Ketika duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).

Sesungguhnya Feeza bersyukur kerana Allah masih memberi ruang untuk Feeza perbaiki diri dalam solat Feeza sendiri. Sama-sama kita Muhasabah, jika masih boleh diperbaiki, kita baiki sama-sama ya.

Cerita perbaiki solat tidak habis disitu….

Baru-baru ini, Feeza terdetik untuk masuk ke laman blog Puan Farah Lee isteri kepada Ally Iskandar. MasyaAllah, banyak sungguh ilmu baru yang Feeza peroleh disitu. Rasa macam sangat ketinggalan sebab Feeza tak tahu pun yang Farah Lee adalah seorang blogger. Kenal nama pun selepas dia diijabkabulkan dengan Ally Iskandar.

Di situ, Feeza ada terperasan satu entry bertajuk Tamakninah.

“Eh, macam biasa dengar je ayat Tamakninah itu. Serious pernah dengar masa sekolah agama rendah dulu rasa macam ada belajar. Apa dia eyh? Tak ingat laa.” Itu laa ayat yang bermain-main dalam fikiran Feeza. Tanpa buang masa, Feeza terus sambung baca entry tersebut. Masa tu memang dah nak tidur. Terus rasa segar dan mula berfikir lagi sampai tak boleh tidur balik. Terkenang kembali, “oh, rupanya masih banyak kelemahan diri ini.”

Tahukah anda yang Tamakninah merupakan salah satu rukun dalam solat? Apakah maksud Tamakninah tersebut? Waktu bila perlu dilakukan Tamakninah?

Korang boleh ke entry Tamakninah di SINI tapi marilah Feeza sharekan sedikit info yang berkaitan ya. :)

Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun yang WAJIB disertakan tamakninah

1. Rukuk: Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Barangkali sempat membaca ‘subhanAllah’.

2. Iktidal (bangun daripada rukuk): Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini.

3. Sujud: Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tapak tangan, dua lutut, dua kaki, satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang pergerakan seketika.

4. Duduk antara dua sujud: Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kadar.

Tempat yang sering diabaikan tamakninah

1. Iktidal. Terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus, dia telah turun untuk sujud. (tambahan: *juga kepada jemaah lelaki yang suka menggoyangkan tangan sesudah takbir bangun dari rukuk dan mengangkat sedikit seluar sebelum sujud juga perlu peka kepada tamakninah). Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.

2. Sujud. Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya tidak sah.

3. Bangun daripada sujud. Waktu bangun dari sujud, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.

Terima Kasih kepada Puan Farah Lee atas info yang sungguh bermanfaat. :)

Kena ingat ya, kalau dah wajib tu, memang perlulah disertakan perbuatan tersebut didalam solat. Kalau tidak solat tidak sah? (Solat diterima atau tidak itu Wallahu’Alam) – Saya pinjam kata-kata Farah Lee

Marilah sama-sama kita perbetulkan diri dan hiasi peribadi dengan akhlak yang lebih positif.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jika ada perkara yang tersilap ditulis, harap sangat mohon diperbetulkan untuk Feeza ya.

Wallahu’alam.

Note: Patutlah selama ini kalau pergi solat berjemaah (itupun jarang-jarang) di Masjid, akan ada satu ketika imam berdiam sebelum meneruskan ke rukun yang seterusnya..

Credit:

Farah Lee

http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/erti.html

Feeza Mior

Cyberjaya.

Sila baca

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Leave a Comment





CommentLuv badge
_ ^_^ ^_- ^Y^ >_< ;p :| :o :P :D :? :> :* :)

This site is protected by WP-CopyRightPro