Assalamualaikum. dan selamat malam. Lama tak menulis. Hari ni terus nak menulis pasal filem yang tengah hangat terlaris sampai boleh kutip sehari sejuta. MasyaAllah.. Murah rezeki pengarah & penerbit dia.
Saya memang tak pandai nak review-review ni, apatah lagi saya ni bukan lahir as a performing artist or actress. Saya bercakap dari sudut pandangan saya sebagai seorang penggemar filem tempatan. Filem Melayu kita apatah lagi.
Semua orang tahu yang filem #ombakrindu telah diadaptasi dari sebuah novel karya agung Puan Fauziah Ashaari. Saya juga salah seorang yang pernah membaca novel tersebut yang dipinjam dari kawan setingkatan waktu di sekolah beberapa tahun yang lampau. Memang berebut habis semua nak baca sampai kena amik no. Habis jugaklah buku tu lunyai sebab banyak sangat tangan yang pegang dia.
Kalau menurut synopsis novel:
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya? – Wikipedia.
Saya pun dah lupa sebenarnya apa yang dibaca dalam novel ni. Sebab dah terlampau banyak novel dibaca sampai confius cerita mana satu.. Haishhh..
Tapi kalau dari sudut filem pulak, hmmm.. Banyak yang tak kena dari kena. Dari pemilihan pelakon sampai lah ke dialog dan lokasi penggambaran yang cantik sangat.
Bukanlah nak salahkan pengarah, sebab saya tahu pengarah dan penerbit sentiasa mahukan yang terbaik untuk semua perkara. Tapi bagi saya janganlah memilih pelakon hanya sebab terkenal dan berwajah cantik ataupun berbadan sasa dan handsome. Kalau boleh biarlah watak dan pelakon tersebut sesuai. Baru lah penonton dapat feel dia lebih sebab watak dan wajah dah kena.
Kalau dari sudut lokasi pula, yang nampak janggal disitu adalah dekat mana Izzah tinggal sebenarnya, di Kuala Lumpur atau di sebuah pulau? Sebabnya seperti dialog yang dikeluarkan oleh pakcik Izzah awal-awal yang dia nak bawak Izzah pergi kerja dengan kawan dia dekat Kuala Lumpur. Tapi after babak Aris dah beli Izzah, Aris bawak Izzah tinggal dekat rumah Aris. Rumah aris pulak memang tercerok habis siap ada laut lagi. Kalau difikirkan semula, mana letaknya laut di Kuala Lumpur? Pantai Dalam adalah. HIHI.
Dan perkara yang sedikit sebanyak yang menganggu feel saya sebagai penonton, pertukaran setiap babak yang terlalu cepat mcm betul-betul nak bajet masa. Tiba-tiba dah masuk babak lain sampai tak boleh nak fikir, babak apa yang tengah bercerita sekarang.
Dialog juga agak pelik, ada ke orang sekarang bercakap macam Izzah waktu merayu-rayu dekat Aris supaya mengahwini dia. “Mahukah Encik mengahwini saya?” Kalau fikirkan logika, zaman sekarang ni masih ada lagi ke orang guna dialog macamni? Langsung tak real dan dialog nampak sangat macam dibuat-buat. Saya rasa dialog dalam novel pun tak lah guna ayat macamtu. (Kalau saya salah mohon diperbetulkan). Kalau betul pun Izzah tu datang dari kampung, tapi takkan lah dia tak reti nak berkomunikasi dalam bahasa biasa. Baku sangat bahasa dia guna kalau macamtu.
Watak yang saya lihat paling cemerlang adalah watak Lisa Surihani. Kalau dia marah, memang akan nampak muka dia bengis. Tiba-tiba teringat watak dia dalam cerita Adamaya. Syabas Lisa.
Begitulah sedikit sebanyak pandangan saya sebagai penonton picisan. Lama tak menonton filem Melayu terbaik selepas Nur Kasih The Movie. Biarpun ada beberapa kelemahan dalam Ombak Rindu, saya tetap puas hati. Antaranya sebab dapat tengok pemandangan yang cantik Nauzubillah. Sedap betul mata memandang. Pandai dorang pilih lokasi. Tahniah pada team produksi Ombak Rindu diatas kejayaan kutipan sepanjang seminggu tayangan. Alhamdulillah.
Mohon maaf kalau ada tulisan diatas mengguris hati mana-mana pihak, sekadar pandangan sepi penonton picisan.


