Assalamualaikum w.b.t.
Selamat hari gembira buat semua. Ini adalah episod pertama (tak silap saya) Rancangan Main Masak-masak (MMM) ke udara. Saya merupakan host tidak terlatih anda hari ini akan berkongsi bersama anda resepi yang enak-enak dan sesuai di hidangkan untuk keluarga. Kalau tak sedap, diri sendiri yang akan habiskan sudah semestinya.
Sudah sediakan pen dan kertas? Ayuh, mari kita teruskan rancangan ini.
Mana artis jemputan?? Maaflaa ye, oleh kerana kekangan bajet, saya tidak menjemput sebarang artis untuk episod pertama ni. Tak tahu lah kalau episod akan datang ada artis yang sudi menaja diri sendiri menjadi tetamu jemputan. Saya sudi menerimanya.
Ecewahhh… Mana resepi ni?
Okay-okay, tanpa berlengah mari kita teruskan. Ehem..
Resepi : Oreo Cheese Cake (Chill version)
Bahan-bahan dasar cake.
- 200 gram oreo yang dibuang krim tengah dan di hancurkan. (Nak tebal guna lebih pun takpe)
- 50 gram mentega yang telah dicairkan. (Kalau guna oreo lebih,mentega pun harus lebih.)
Bahan untuk filing.
- 750 gram keju krim – recomended Philladelphia Cheese
- 130 gram gula castor – kalau nak kurang manis leh kurangkan. jangan tak manis langsung.
- 1/2 tbsp esen vanilla
- 3 biji telur
- 200 ml whipping cream
- 1 tbsp lemon juice
- 15 keping biskut oreo patah 4. (kalau nak lebih, tambah laa ikut suka nak banyak mana).
Acuan yang sedap digunakan : Loyang berbentuk bulat bersize 8″.
Cara-caranya ialah:
- Untuk dasar kek : Cairkan mentega secara double boil. Kisar halus biskut oreo yang telah dibuang krim tadi, dan campurkan ke dalam mentega cair. Kaup-kaupkan hingga rata dan tekan padat ke dalam loyang seperti di dalam gambarajah di bawah. Ketepikan. Chill dalam peti ais untuk seketika. Jangan lupa sapukan sedikit mentega pada loyang untuk tidak menyukarkan sewaktu prosess mengeluarkak kek nnt.
- Untuk filing cheese pula: Pukul gula dan keju philadephia hingga sebati dan kembang. Pastikan gula cukup hancur. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu. Dan diikuti dengan whipping cream dan jus lemon. Putar hingga sebati.
- Masukkan biskut oreo yang dipatah-patah ke dalam adunan cheese.
- Tuangkan kesemua adunan kedalam loyang di atas dasar cake tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam atau sehingga adunan cheese tersebut sudah keras dan senang untuk dipotong. Jangan sejukkan di bahagiah sejuk beku, mahu jadi keras mcm batu nnt. Berjanggut pula nak tunggu kek cair balik.
- Ada orang dia biar semalaman baru di potong. Tapi kalau saya, meleleh-meleleh air liur kalau menunggu. Kurang sabar sikit.
- Siap untuk di jamah. Untuk org rumah dan tetamu.
Edit 25/03 on 1.52am : Credit utk Kak Ummi (harus click) utk resepi. Saya ubai suai sikit2 ikut kemampuan dan keinginan.
Happy Blogging, happy cooking, happy eating.
Jari Comel : Rindunya saya dengan air tangan sendiri yang tak seberapa nih.




mahal tak cheese tu? haha aku dulu rajin juga buat pizza tapi sebab cheese mahal maka beli. rasanya lagi jimat haha
syafiq´s last [type] ..Lebih 3 Juta Firefox Dimuaturun
[Reply]
Feezmior Reply:
March 25th, 2011 at 12:55 am
oh..ada tahap2 dia kot utk harga dia.. lg pun byk pilihan.mcm philadephia ni tak silap harga utk 250 gram bwh RM5 kot.. tp banyak choice lg. cuba laa cari yg murah2 sikit..
[Reply]
syafiq Reply:
March 25th, 2011 at 9:08 am
@Feezmior, below rm5 ek. ok la tu. try la tengok nanti
syafiq´s last [type] ..Lebih 3 Juta Firefox Dimuaturun
[Reply]
Feezmior Reply:
March 25th, 2011 at 10:39 am
@syafiq, yahh, cuba dlu baru tawu.. hehe
wahh bestnyee cm sedap ;)
[Reply]
Feezmior Reply:
March 25th, 2011 at 1:10 am
cedap… saya jamin cedap..cubalah buat..
[Reply]
salam. nak tanya, cheese cake yg ni mmg tak payah bake ke? terus masuk dlm peti ais? n biasa nya saya tgk kalau tak bake, dorang ada taruk gelatin. yg ni tak payah taruk ek?
[Reply]
Feezmior Reply:
August 23rd, 2011 at 4:08 pm
nak taruk gelatin pun boleh.. sbb dia nak cantikkan lagi cheese kek tu bila kena potong. tapi saya tak taruk. hehe.. takpe, cube lah letak gelatin masa putarkan adunan cheese tu. kalo elok awk leh kongsi dkt sini.
utk cheese kek yg ni saya mmg tak bake.. sbb bake leceh kena double bowl. ketuhar saya tak besar..
[Reply]
Murahnya bawah RM5…. Saya beli cream cheese Philadelphia tu 250gm RM12.50…
[Reply]
Feezmior Reply:
December 1st, 2011 at 5:06 pm
I beli kat tesco je.. taktau laa kalau harga dh naik kan.. nnt nak kena tgk harga balik..
[Reply]
salam… boleh tak whipping cream tu ganti ngan yourgourt…hehehe ..untuk kurangkan kalori
[Reply]
Feezmior Reply:
December 8th, 2011 at 9:53 pm
Wsalam.. alamak, saya pun tak pasti.. saya masih cuba2 lg.. nnt saya cuba bertanya dekat pakar2 okey..
[Reply]
letak telur, tapi xbake xpe ke? macam, tak masak la telur tu kan?ke xpe je? hee.
[Reply]
Feezmior(new comment) Reply:
February 26th, 2012 at 12:40 am
takpe.. sbb kite letak sedikit lemon and esen vanilla.. telor tu tak rasa sangat dah.. and then campur sekali ngn whipping cream. rasa telor dah tak sangat dah sebab dah bercampur dengan masam lemon dan whipping cream.
Itu pendapat sayalah..
[Reply]
dear..i dah buat..tapi cuma guna 500g cream cheese..masa tuang masuk acuan..die mcm cair la..dah mcm smoothies.. betul ke?.. ke dah salah ni…huhuhuhuhu….
please..really need ur help ..
nanti email buleh? =p
[Reply]
Feezmior(new comment) Reply:
May 19th, 2012 at 3:14 am
@nik, sorry yunk.. i jarang online lately ni.. kalau cream cheese i rasa mmg dia cair sikit.. but u need to putar dia sampai jd pekat.. that y I prefer philadephia cheese bar.. senang nk pantau.. what brand u use?
[Reply]