Assalamualaikum w.b.t and good day to everyone. Salam Jumaat yang sungguh mulia.
Sudah seminggu kejadian Tsunami di Jepun berlalu. Saya pasti, setiap manusia di muka bumi ini pasti turut merasa kesedihan di atas malapetaka yang menimpa Utara Jepun itu. Siapa tak sedih, mmg tiada hati perut kot.
Semoga rakyat Jepun tabah utk menghadapi ujian ini. Mungkin antara ujian paling besar untuk mereka.
Terus terang saya katakan, selepas kejadian Tsunami yang menimpa Acheh beberapa tahun yang lalu, saya menjadi amat takut dengan air laut. Sentiasa terbayang dan teringat. Kadang-kadang di bawa hingga ke alam mimpi. Saya juga sering mengatakan pada diri,
“andainya ku di uji sebegitu, setabah mana dapat ku harungnya?”
Wallahualam, semoga Malaysia dijauhkan dari Malapetaka yang sgt dasyat seperti Tsunami. Walaupun pernah terkena tempias yang sedikit cuma dahulu.
Pulang saja dari bersukan pagi tadi, saya terbaca satu tulisan yang di telah dikongsi oleh seorang rakan di Facebook. Jadi, saya mahu sharekan juga disini. Semoga menjadi pedoman utk kita semua sementara masih punyai waktu untuk berubah.
Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:
1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.
Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.
Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.
Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.
Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.
Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.
Bersediakah kita hadapi hari Kiamat? Bersediakah kita mendengar tiupan sangkakala??
Firman Allah s.w.t:
“ Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah (gerun gementar) makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. (Surah an-Naml : 87) ” Firman Allah s.w.t:
“ Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). (Surah az-Zumar : 68) ” Firman Allah s.w.t:
“ Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. (Surah Yassin : 51)
Marilah sama-sama kita renungkan. Semoga kejadian-kejadian yang berlaku di muka bumi sekarang, dapat dijadikan iktibar untuk kita berubah menjadi yang lebih baik dan mendapat keredhaan Allah yang pastinya.
Wallahualam.
P/S : Info lain boleh lah singgah di sini. Selamat menunaikan Solat Jumaat buat kaum muslimin.


Assalamualaikum,
Benar dan benar belaka. Sesungguhnya kiamat itu akan tiba dan Allah SWT tidak pernah mungkir janji. Ayuh kita muhasabah diri mengenai Iman kita. Cukupkah bekalan kita untuk dibawa mengadap Illahi? Manusia rata-rata hidup 60, 70 tahun tapi kehidupan akhirat tiada penghujungnya. Mati cuma sekali dan tiada kematian selepas kematian yang pertama. Secara logik akal kalau hidup dunia cuma 60, 70 tahun kita sudah habiskan banyak masa untuk kehidupan sementara ini, maka bagaimana usaha untuk kehidupan yang kekal abadi nanti. Alim Ulamak kata selepas ini cuma ada dua destinasi sahaja, yakni syurga atau neraka. Kalau masuk syurga ianya sampai bila-bila, alhamdulillah tetapi jika di neraka juga agak lama, nauzubillah. Sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Tahan ke kita dengan azab api neraka.
Ayuh sahabatku, kita fikir mengenai Iman kita semasa masih celik mata. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Waallahua’lam.
Al-Hikmah´s last [type] ..Kemulian Akhlak Nabi Sallallahu’alaihi wasallam untuk dicontohi
[Reply]
Feezmior Reply:
April 1st, 2011 at 6:24 pm
Wallahualam.. hanya Allah yang maha mengetahui dan maha besar..
[Reply]