Assalamaualaikum.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti Filem Nur Kasih The Movie akan ditayangkan jua. Tak silap saya sekitar bulan May nanti. Dah tak lama pun kannnn??
Tak sabar nak tengok. Harap-harap berkesempatan laa tengok movie ni nnt. Sbb mcm dah lama sangat saya tunggu. Tapi, for sure tiket cepat sold out.. Uhuuu
Btw, tadi berjalan-jalan dekat blog. Termasuk laa dekat blog cik epal comel ni. Ternampak pulak satu post beliau mengenai lagu tema NKTM yang dulunya dinyanyikan oleh Yassin seorang saja, tetapi kali ini berduet bersama dengan Tiz Zaqyah iaitu pelakon wanita utama Filem NKTM. Walaupun berduet, lagu temanya tetap sama seperti dalam drama sebelum ini, cuma telah diberi sentuhan yang baru. Lebih membuatkan bulu roma teremang dengan sendiri pulak tu.
Suara Tiz dalam lagu ni pun boleh tahan sedap. Wah, dari pelakon dan menyanyi pulak sekarang. Harap-harap makin berkembang bakat Tiz selepas ini.
Apa-apa pun, jom enjoy video clip lagu tema Nur Kasih The Movie. Jangan ternangis sudah laa okeh
P/S Feez: esok bermula hari baru untuk saya. Doakan yaaaa..

