Assalamualaikum w.b.t. and Good day to everyone who is read my blog. Still huh?
Harap maklum, saya kini kembali bergelar penuntut. Setelah agak lama bekerja, baru laa terhegeh-hegeh nak sambung ijazah. Tak apalah kan, rezeki baru kembali.
Rezeki orang lain-lain. Ye tak?
Alhamdulillah, masuk hari ini sudah 3 minggu saya menginap di Hotel Hostel MMU, Cyberjaya. Saya memilih untuk tinggal di hostel kerana
_______________ (sila isi tempat kosong kalau rajin).
Seperti biasa, kalau sudah bergelar freshie tu, tidak boleh tidak. Harus juga menyertakan diri dalam kancah orientasi. Ewah ayat kau feez, KAHKAH..
Minggu orientasi berjalan sangat lancar. Biasalah, diberi tidur lambat, di suruh bangun awal. Tapi, ku sudah makan garam lebih awal dari mereka. Ada yg patut ikut, kita ikut.
Orientasi di MMU hanya berlangsung selama 3 hari 3 malam sahaja. Orientasi yang terpaling pedek dalam lipatan sejarah hidup ku. HAKHAK. Macamlah sebelum2 ni saya pernah join orientasi. KIHKIH. Honestly ini adalah kali pertama saya terlibat dalam orientasi sesebuah IPT secara menyeluruh.
Sebelum-sebelum ni, saya rajin lari je.
Malam terakhir ada satu tugasan yang sangat berat. Kena buat drama muzikal. Duhhhh.. Habislaaa, dah laa suara saya bak itik rindukan sangkar. Takkan nak kena berlakon sambil menyanyi. Sewaktu orientasi, saya diletakkan dalam kumpulan 5. Dan semasa sedang melakukan persiapan Drama Muzikal tersebut, kumpulan saya adalah yang terpaling takde preparation langsung malam tu. Everything was prepared last minute.
Namun, syukur Alhamdulillah. Takdir Allah menentukan kumpulan kami berjaya mengungguli carta. Ecewaahh.. Sebanyak 7 kumpulan freshie, kami berjaya membolot tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Ehemmm, tuan director dekat luar sana. Kalau mahu cari pelakon baru, tengok-tengoklah gambar dekat bawah ni.
Dah, habis gambar kemenangan.
tak leh letak banyak-banyak gambar. Sebab tak rajin.
Ini gambar semangat nyanyi. Tak ingat lagu apa. Tapi mmg semangat laaa.. Pandai senior amik gambar saya..
Seminggu selepas Pesta (?) Orientasi.. Pesta lah sangat kannnn?? kekeke.. Pesta belon air kot. Saya dan adik-adik satu bilik telah dengan sukarela menjadi tukang sambut tetamu bersempena dengan The Leadership Talk by YBhg. Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon titled “Journey to Success”. Siapa Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon?? Sila google ;D
Inilah adik-adik satu bilik.. Nak berkenalan dengan mereka??? Meh laa jumpa saya dulu. Open table satu minggu. Teheee
Walaupun terasa diri macam dah tua gila nak sambung study, rupa-rupanya tidak. Saya dah jumpa rakan sebaya waktu orientasi hari tu. Satu group lagi. So, tak dak masalah laa kalau nak sambung belajar dalam usia 25 tahun ini kan? Harapan saya, sudah tentu mahu jadi yang terbaik dalam pengajian kali ini.
Jadikan pengajaran untuk sesuatu yang lepas.






eh feez smbg study ape tu? all the best! tak tua pon 25 nk smbg. sama la dgn org kt germany ni. baru msk 2nd sem master
[Reply]
Feezmior Reply:
March 15th, 2011 at 8:26 pm
teheee…feez sambung accounting laa chybee..
alaa, chybee dah nk habis.. feez baru nak mula haa.. lambat lg la hbs nye..
[Reply]