Assalamualaikum w.b.t.
Klik play untuk mendengar
Salam Maulidur Rasul di ucapkan untuk semua kaum umat Muhammad S.A.W. Semoga kita menjadi seorang ummat yang bertanggugjawab di sisi Allah dan Rasul kita.
Bergema selawat bersama
Tak kira tua dan muda
Raikan maulid nabi kita
Menyerlah suasana sentosa
Marilah banyakkan selawat
Tanda cinta kasihkan nabi
Berkatnya alam dirahmat
Syafaat akhirat diberi
Maulidur Rasul
wikipedia: Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Setiap tahun, lazimnya kita Ummat Muhammad akan meraikan Hari Keputeraan Nabi Muhammad pada setiap tanggal 12 Rabiulawal Hijrah. Dan begitu juga dengan cara sambutan kita. Lazimnya pada waktu ini, Masjid atau surau di kawasan perumahan akan menjemput Ustaz-ustaz dari luar untuk memperdengarkan ceramah berkenaan dengan Sejarah Nabi Muhammad.
Begitu juga dengan badan-badan kerajaan, setiap pagi tidak lengkap rasanya jika tidak melihat rancangan bercirikan sambutan Maulid Nabi peringkat Nasional yang saya rasa wajib ditayangkan pada setiap tanggal 12 Rabiulawal. Perarakan sambil berselawat, persembahan nasyid, pentomen dan sebagainya disajikan di muka TV. Sedikit sebanyak, rancangan-rancangan sebegini memberi impak dan membuka mata kita sebagai ummat beliau untuk sentiasa berselawat dan mengingati ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W.
Saya tanya pada diri sendiri ;
Adakah hanya pada Maulidur Rasul saja aku mengingatinya?
Adakah pada tanggal 12 Rabiul Awal hijrah saja kita berselawat ke atas Nabi Muhammad? atau
Nama saja Islam, kenalkah kita Nabi Muhammad sebagaimana kita mengenali artis-artis zaman ini??
Sama-sama kita renungkan. Renungan untuk diri sendiri sebenarnya.
Moga kami tergolong sebagai hamba yang beriman sepertimu Rasulullah آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
NOTA FEEZ: Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Ya Allah, besarnya ganjaranMu. Allahuakbar!!


[...] This post was mentioned on Twitter by Jerung Perkasa, HafeezHasmat. HafeezHasmat said: RT @feezmior: Salam Maulidur Rasul آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ http://bit.ly/gJlLna [...]
salam maulidur rasul..
sama2lah kita berselawat ke atas nabi..
harap2 semua amalan kita diterima Allah..
insya Allah…
P/s: i dah pg etude house, mybe esok i update
Amirrah Zawani´s last [type] ..Contest Si Manis Berbaju Kurung
[Reply]
Feezmior Reply:
February 16th, 2011 at 11:04 am
Wsalam, yea semoga amalan kita di terima Allah, insyaAllah..
wah wah.. I nk tgk ur update laa mcmni..
[Reply]