1

Getzzone, Mai Raya!

Posted October 8th, 2010. Filed under Getzzone

Assalamualaikum w.b.t.

Korang semua mesti dah tahu kan, hari ni hari terakhir Syawal. Walaupun hari ni hari terakhir, tapi jgn fikir tiada majlis rumah terbuka esok taw..  HAHA..  Biar lewat asal buat!

Esok merupakan hari terakhir beropen house untuk aku dan kawan-kawan Club Getzzone.com .  Sebab hari ahad tu mcm byk sangat pulak kenduri kahwin.  Ya la 10.10.10 tarikh lawa kot, sebab tu kalau boleh semua orang nak kawin tarikh tu.

Tapi ini bukan sekadar majlis rumah terbuka saja, tapi lebih kepada aktiviti mengeratkan ikatan persahabatan antara rakan-rakan yang aktif dan kurang aktif di forum Getzzone.com.  Masa ni lah kalau kita nak kenal lebih rapat dan bersua muka.  Bukan hanya bertemu di forum ja kan?

Yang lebih excitednya, aku menjadi salah sorang orang terkuat untuk event Getzzone.com kali ini. Wah wah terkuat tak nak kalah ayat kau!!

Peduli apa kalau ada suara-suara cakap, “eh, korang Syawal dah habis baru nak buat majlis raya ke?” Aku sebagai wakil akan jawab dulu, “Takpe, lewat sehari je kan? Pedehal!”

Banyak sebab kenapa kami memilih tarikh sehari selepas habis Syawal bersamaan dengan 1 Zulkaedah..  Kalau buat minggu lain, takut bertembung dengan majlis Rumah Terbuka ahli-ahli yang lain..  Nanti terkurang pulak sorang atau berdua orang.  Kalau boleh, biarlah majlis raya kali ni semua ahli sertai..  Baru meriah dan kecoh.

Ok lah, ku berdoa semoga majlis esok hari berjalan lancar.  Kepada semua Getzzers yang belum mendaftarkan diri dan membuat pembayaran, masih mempunyai masa hingga pukul 12.00am malam ni.  Ewah-ewah gitu sekali yer.  HAHA..

FM:  Mcm buat contest pulak.  Teheee..

Entri Berkaitan

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

One Response so far

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by feezmior, feezmior. feezmior said: New Blog Post -> Getzzone, Mai Raya! http://goo.gl/fb/Fms9e [...]

Leave a Comment





CommentLuv badge
_ ^_^ ^_- ^Y^ >_< ;p :| :o :P :D :? :> :* :)

This site is protected by WP-CopyRightPro