6

Cerita si Kecik syawal bersendirian.

Posted September 18th, 2010. Filed under Aidilfitri kiko

Assalamualaikum w.b.t.

Hey, Ini cerita bukan pasal cik blogger seorang ini. Tapi cerita pasal haiwan peliharaan cik blogger. Haiwan ini di beri nama ACOT. Eja betul-betul A.C.O.T. singkatan dari perkataan Kasut bila disebut secara pelat, jadilah ACOT.

Ok, got it? Siapa tak kenal, mmg tak pernah jejakki mata ke sini laa jawabnya.

Sehari sebelum keluarga Cik Blogger pulang ke kampung, kami telah bersepakat mahu meletakkan Acot ke hotel.  Hotel bajet je laa ya, sbb mmg kami sekeluarga tak mampu nak menyediakan hotel 5 bintang.

Masalahnya, masa kami bincang-bincang hari tu, mmg sembunyi-sembunyi.  Tak nak bagi langsung Acot dengar.  Tapi, ntah bila masa ntah dia boleh pegi pasang telinga pegi curi-curi dengar perbualan kami.  Amboiiii, biasa dia!!

Dan bila dah tahu plan rahsia kami sekeluarga, maka terjadi laa muka-muka comel mintak dikasihani dekat bawah.  Mintak di bawak pulang ke kampung tempat kelahiran Acot. Alasan dia mahu tahu apa?  Acot rindu mak ngah. Lagi sekali dah pandai menipu, padahal macamlaa orang tak tahu dia nak pergi merayau dengan ex girl dia dekat kampung.

Terdongak-dongak dia mencuba menarik perhatian kami.  Mula-mula mmg nak buat tak tahu.  Ngiauan dia jangan cakap lah.  Non stop!!  Sakit telinga.  Tapi, bunyi tu jugaklaa yang kami rindu setelah seminggu tidak ketemu.

Tahun ini merupakan tahun kedua Acot beraya.  Waktu tahun pertama dahulu, kami tak laa risau sangat, sebab dia masih kecil dan masih disusukan ibu dia.  Belum akil baligh lagi.  Tapi kalau cakap pasal sekarang, waktu ini.  Memang tak boleh di biarkan berleluasa, nanti keturunan dia terlalu banyak..  Rasa gatal dia usah cakap.

Saya tak tahu laa apa pandangan korang kalau tengok mimik muka Acot sebegini.  Bagi saya, dia memang sedih.  Muka sedih sbb tahu dia akan ditinggalkan beraya keseorangan..  Eh..eh bukan keseorangan, beramaian di Hotel tersendiri.

Dan sekali lagi, dia membuat mimik mohon dikasihani.  Tapi, tak boleh.  Mmg tak boleh ikut since dia kesorangan setelah akak dia hilang.  Payah, nnt pergi merayau satu kampung susah nak cari.

Akhirnya, berayalaa Acot selama 11hari 10 malam dekat hotel dia.  Tapi rugi oh Acot tak ikut pulang beraya dekat kampung, tak merasa Acot makan lemang ketupat.  Dan paling syiooook, ada satu awek cun balik kampung juge..  Nama dia bella, nanti Along kenalkan dengan Acot okay (ini pesanan buat Acot)…

Mana tahu korang ada jodoh, nnt dah kawen.. Anak-anak mesti comey lotte.. :D

BANGI – Siapa sangka, permintaan untuk menjaga haiwan peliharaan seperti kucing sepanjang musim perayaan sangat tinggi dan pengusaha kedai haiwan mampu meraih pendapatan lumayan atas perkhidmatan tersebut.

Ini terbukti apabila, pemilik Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra, Dr. Wan Ahmad Kusairy Wan Sulaiman mendedahkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, kliniknya menjaga hampir 500 ekor kucing.

Jumlah itu meningkat berbanding 400 ekor pada tahun lalu selain beberapa jenis haiwan lain seperti iguana, arnab, kura-kura dan hamster.

Menariknya, semua haiwan yang ditempatkan klinik berkenaan akan mendapat kemudahan serta layanan seperti menginap di sebuah hotel.

“Permintaan untuk menjaga haiwan peliharaan ini semakin meningkat, tiap tahun kapasiti untuk empat buah klinik yang ada penuh dengan haiwan-haiwan tersebut.

“Malah ada pelanggan yang memarahi kami apabila permintaan mereka untuk menjaga peliharaan mereka ditolak kerana sudah penuh,” katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang veterinar.

Pemegang Ijazah Kedoktoran Perubatan Veterinar daripada Universiti Putra Malaysia itu menubuhkan kliniknya sendiri pada 2004 di Bangi dan kini mempunyai cawangan di Presint 15, Putrajaya; Saujana Impian, Kajang dan Taman Seri Serdang, Seri Kembangan.

Beliau kini mempunyai tiga orang doktor veterinar dan seramai 10 orang pembantu bagi melancarkan operasi klinik tersebut yang turut menjalankan perkhidmatan rawatan, suntikan vaksin, dandanan haiwan dan khidmat nasihat.

Wan Ahmad memberitahu, sambutan yang semakin tinggi mendorong beliau meneruskan perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan bukan sahaja musim perayaan tetapi musim haji atau cuti sekolah yang panjang.

“Untuk hari raya, kita menetapkan tempoh meletakkan kucing mereka sekurang-kurangnya empat hari namun ada yang meminta kami menjaga selama tiga minggu,” jelasnya.

Melihatkan kepada permintaan yang tinggi, beliau kini merancang untuk menambah bilangan cawangan dengan membuka rantaian klinik di Temerloh, Pahang yang juga tempat lahirnya.

Kata Wan Ahmad, kelebihan meletakkan haiwan peliharaan di kliniknya adalah kerana pusat itu memberikan khidmat rawatan kesihatan kepada haiwan tersebut di mana doktor akan memantau tahap kesihatan setiap haiwan yang diletakkan di bawah jagaan mereka.

Bukan itu sahaja, haiwan peliharaan yang dihantar dan diambil setelah tamat tempoh jagaan juga akan dipastikan sihat serta tidak menghidapi sebarang penyakit biasa seperti demam dan sebagainya.

Jelasnya, beliau juga menetapkan beberapa syarat bagi pemilik haiwan peliharaan mematuhinya iaitu kucing tersebut perlu mendapat suntikan imunisasi, ubat cacing dan ubat kutu bagi memastikan haiwan itu tidak mudah dijangkiti penyakit apabila tinggal dalam komuniti yang banyak.

Bayaran yang dikenakan kepada pemilik haiwan serendah RM12 sehingga RM15 sehari bergantung kepada jenis sangkar yang digunakan. Harga tersebut termasuk pakej makanan sepanjang berada di klinik.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan boleh menghubungi 03-89250121. – Petikan Akhbar kosmo

FeezMior:  agak-agak laa, kalau Acot betul2 boleh baca blog ni, panas tak hati dia?? :D

Sila baca

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

6 Responses so far

  1. black_mel says:

    kesian dia akak dia dh ilang..hehe…

    ttg berita tu lak..tak la mahal sangat..12-15 sehari kira ok la jgk..tp kalau smpai 500,conform ker dia jaga?takut tak terjaga..
    black_mel´s last [type] ..Sejarah TerciptaUV Melebihi 1500

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    yahh..mmg kesian..tak keruan dia beberapa minggu..

    hmm,pasal berita tu..kita sendiri tak pasti..kena pegi jengah laa pusat jagaan haiwan tu and tengok dia punya keadaan.. pak cik tu pun dah bukak byk cawangan.. maybe dia punya pekerja mmg ramai sbb dia full time kn.. ntah laa.. hehe.. not sure laa.. :D

    [Reply]

  2. Ala…. comelnya si ACOT nie….

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    mmg comel..mcm tuan-tuan dia jgk.. hehe

    [Reply]

  3. x-po says:

    bila tgk kucing tu, teringat kat kucing yg mati kena langgar kete..hukhukhuk
    x-po´s last [type] ..SUSAH SANGAT KE UNTUK MENGUNCI MOTOR

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    alaa..siannya..takpe, patah bertumbuh, hilang berganti..

    [Reply]

Leave a Comment





CommentLuv badge
_ ^_^ ^_- ^Y^ >_< ;p :| :o :P :D :? :> :* :)

This site is protected by WP-CopyRightPro