6

Salam Ramadhan AL Mubarak

Posted August 10th, 2010. Filed under Renungan Uncategorized

Assalamualaikum,

Marhaban ya Ramadhan.

Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan atas semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah di lakukan baik secara langsung mahupun melalui dunia maya, Jauh didalam hati yang senantiasa didalam genggaman Allah, saya ingin memohon kemaafan atas kesalahan dan kesilapan samada yang sengaja atau tidak disengajakan kepada semua.  Semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu erti dan dilimpahi keberkatan utk kita.  Jadikan Ramadhan yang terbaik dari Ramadhan sebelumnya. – Feez Mior

Sabda Rasulullah saw.:
“Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.”

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
“Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga”

Sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.”

Keistimewaan bulan Ramadhan

  • Bulan yang penuh Barakah
  • Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
  • Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
  • Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
  • Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat

Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan

  • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
  • Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
  • Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan” – Sumber

Salam Ramadhan Al Mubarak 1413 Hijrah.

Sila baca

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

6 Responses so far

  1. Syafrizal says:

    Selamat berpuasa pada awak :) Syafrizal´s last [type] ..Ubat Kuat Lelaki Memudaratkan – Menteri Kesihatan

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    Selamat berpuasa juga ya. :D

    [Reply]

  2. nuraitul says:

    selamat berpuasa.. :) nuraitul´s last [type] ..hari baru

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    Selamat berpuasa :D

    [Reply]

  3. ReD says:

    selamat berpuasa feez…=)

    Review Filem Salt

    Apabila Ramadhan Menjelma

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    Selamat berpuasa red :D

    [Reply]

Leave a Comment





CommentLuv badge
_ ^_^ ^_- ^Y^ >_< ;p :| :o :P :D :? :> :* :)

This site is protected by WP-CopyRightPro