Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Assalamualaikum w.b.t
Hujung minggu yang lepas, saya dan rakan-rakan Kelab Hyundai Getz Malaysia – Getzzone berkesempatan mengadakan lawatan ke Rumah Bakti Nur Syaheera, di Alam Damai, Cheras.
Alhamdulillah, menjadi juga event kali ini. Selama 3 tahun Getzzone bertapak, namun ini adalah julung kali aktiviti sebegini dijalankan. Biarpun menghadapi pelbagai rintangan dan kekangan masa, namun jumlah sumbangan yang diterima dari ahli-ahli sangat menggalakkan. Alhamdulillah, rezeki untuk adik-adik di rumah Syaheera ini.
Selain daripada sumbangan wang tunai, AJK turut menyediakan seberapa byk keperluan yang diperlukan oleh adik-adik di rumah Syaheera ini. InsyaAllah, dimasa-masa akan datang, lebih banyak lagi sumbangan dan kutipan yang dapat dikumpul. Dan semoga aktiviti ini berterusan sampai bila-bila.
Jujur saya katakan disini, ini adalah kali pertama saya melawat ke rumah kebajikan seperti ini. Saya mengharapkan ada lagi peluang untuk berkunjung ke rumah ini. Mendengar cerita dari Pen Pengerusi Rumah Kebajikan, sayu juga hati. Anak-anak ini kehilangan ibu dan bapa di usia yg sangat muda. Ada juga dikalangan mereka datang daripada keluarga miskin tegar.
Biarlah gambar berbicara dibawah. Walaupun sekejap cuma kami bersinggah, kenangan di sana terpatri indah.
Bergambar kenangan bersama Pengerusi, En Johari dan Isteri serta anak-anak Rumah Bakti Nur Syaheera.
Sebelum pulang, sempat lagi bergambar. Seronok mereka bergambar. Walau mereka masih malu-malu dengan kami, tapi sikap peramah mereka tetap ada. Bila ditanya sepatah, 10 patah jawapan diterima.
Ya Allah, peliharalah mereka. Berikanlah kekuatan untuk mereka menghadapi rintangan hidup. Kuatkanlah hati mereka ya Allah. Semoga mereka menjadi insan yang bertakwa dan terpelajar satu hari nanti. Amin.
Selesai majlis di Rumah Bakti Nur Syaheera, kami meneruskan dengan aktiviti tahunan kelab iaitu Majlis Jom Iftar di Nuin Little Perak, Bandar Baru Bangi.
Bergambar kenangan di Putrajaya selesai sahaja solat Asar.. Walaupun majlis tak seberapa, sokongan padu ahli mencetuskan rasa gembira. Moga ikatan utuh persahabatan terjalin erat sepanjang masa, InsyaAllah.
Credit Pictha = Shaznemo (Click to view his portfolio)
Terima kasih di atas usaha rakan-rakan Getzzone menjayakan majlis pada tahun ini. InsyaAllah, Semoga segala usaha dan sumbangan kita diberkati oleh Allah s.w.t.










Tahniah dan syabas atas usaha ini
[Reply]
Feezmior Reply:
September 1st, 2010 at 12:14 pm
Terima kasih.. Alhamdulillah,berkat sokongan dan kerjasama ahli-ahli kelab juga
[Reply]