6

Penang trip – day 2

Posted August 10th, 2010. Filed under Getzzone Trip

….. Sambungan dari episod ini

Penang Trip day 1 kami ditamatkan dengan acara berjalan dan cuci mata di Feringghi Night Market yang pada malam tu tak banyak kedai dibuka kerana sudah 3 hari pihak berkuasa membuat serangan di situ.  Sebelum pulang ke Tune Hotel, kami sempat singgah di Nasi Kandar Subaidah yg juga boleh didapati di sekitar kawasan KL dan Selangor ini.

//Day 2.

Pagi-pagi sudah bangun.  Sebab check out for Tune Hotel adalah pada pukul 10 pagi.  So, pagi-pagi dah kena get ready.  Tahulah kalau perempuan bersiap mcm mana..  Yang tak boleh belahnya, pukul 9.30pagi mcm tu laa, tiba-tiba ada loceng berbunyi ala-ala loceng sekolah menandakan waktu rehat tu.  Kami yg dalam bilik ni terpinga-pinga.  Haih, ingatkan ada kebakaran ke apa ke.  Nasib baik tak lari turun ke bawah secara bogel berkemban..  Ngahahaha.. :o

Ouh, rupa-rupanya tu loceng utk menterkejutkan penghuni hotel yang akan check out pukul 10pagi.  ish ish.. Dasat sungguh hotel sekarang, tak boleh terlewat barang seminit dua, pasti ada charge tersembunyi dikenakan. LOL

Hari ke 2 kami bermula dengan, haish..  Saya termenangis.  Sebab, cik abg telah hilang ingatan dekat mana dia simpan beg kamera+kamera.  Padahal dia yang pegang, mmg tak tentu arah dah.  Ingatkan kamera dah hilang.  Jenuh dia cuba ingat, tapi tak dapat ingat juga.  Saya terus berlari menuju ke parking kereta.  Pfffttt.. Nasib baik ada dalam kereta DAN nasib baik tinted kereta Hasyir tu agak gelap, so org lalu lalang tak nampak sangat.  Dan MUJUR juga tiada sindeket geledah kereta org.  Kalau tidak, mmg tinggal kenangan laa Cik Kamera tu.  Sob Sob.. Syukur, Allah masih melindungi kami.

Dan saya teruskan dengan aksi merajuk saya pada cik abg.  LOL

Tak laa, merajuk menahan hiba saja.  Biasalah, terkejut.  Kami meneruskan aktiviti makan-makan kami di Kapitan …  Rupa-rupanya menurut Yonna, Kapitan tu terkenal dengan Beriyani Ayam.  Tapi, sebab kami pergi agak pagi, ayam tandoori pun tak masak lagi.  HIHI.. tak pe, takde rezeki laa nak merasa Beriyani Ayam dkt sana.

Selepas bersarapan,   akitiviti kegemaran bermula.  Yah, aktiviti shopping la apa lagi.  Semua org pasti tahu dan pasti takkan lepaskan peluang membeli jeruk-jeruk kegemaran mereka di Penang. Dan semua pasti tahu, jeruk made from Penang, memang sedap.  HAHA.. kenapa, tak percaya? harus cuba lah kalau begitu.

Biasa, kalau pulang ke kampung sendiri, saya tempah jeruk dari Maksu saya saja sebab abg ipar Maksu ada bukak kedai jeruk sendiri di Perhentian Bas Butterworth.  Dan kali ini agak berlainan sedikit sbb pertama kali saya jejakkan kaki ke Pasar Chowrasta.  Memang penuh beraneka jeruk disini.  Murah sudah pasti.  Dalam pasar ni, bukan saja ada jual jeruk segala bagai, tapi ada juga Pasar basah dimana orang menjual ikan dan sayur, pasar kering untuk Jeruk dan barangan kering dan juga pasar pakaian, untuk shopping raya pastinya.

Lepas shopping dan menghabiskan duit, saya dan rakan-rakan meneruskan aktiviti kami dengan mengunjungi rumah keluarga Arwah Tan Sri P. Ramlee.  Boleh dikatakan seluruh tempat yang kami kunjungi mengunakan GPS Hasyir sebagai rujukan.  Means, ada 2 laa petunjuk jalan iaitu Cik Nida dan Cik GPS. LOL.  excited melihat GPS menunjukkan kereta atas laut ketika menaikki ferry pada hari pertama.

Di kawasan rumah Tan Sri P. Ramlee, ada juga gallery disediakan.  Banyak info menarik tentang seniman agung kita ni.  Al-Fatihah untuk arwah dan isteri.

Selepas menghabiskan masa disana. kami terus ke Tokong Ular.  Dekat sana tak lama mana, sbb perut dah lapar gila.  Saya pun tak sempat nak masuk ke dalam tokong ular tu sebab kepala dah weng weng masa tuh.  Dan, setelah kembali berkumpul, kami terus menuju ke Bangkok Tomyam untuk acara makan tengahari pulak.  Ouh, tiba-tiba terliur sewaktu menaip entry ini sbb teringat kerabu mangga dia yg sgt menggiurkan.  Nasib baik tak taip sewaktu puasa. HIHI.

Penggemar ayam goreng kunyit, mmg patut ke sini.

Amacam? boleh terliur tak? hee, jangan lupa singgah ke Bangkok Tomyam jika berkunjung ke Pulau Pinang.  Kalau tak tahu dekat mana, rajin-rajin laa google maps atau gunalah teknology GPS ya.

Dah habis makan, perut kenyang, hati girang, rasa senang, mata pun start la kuyu kan.hihi..  Sebelum bertolak balik, kami singgah pula ke Pantai Sea Gate.  Lama tak pergi sini.  Mmg tenang dan laut dia, perghh kalau boleh mandi, lama dah saya terjun.  Tapi, macam pelik sebab tak da pun orang mandi dekat area pantai tu.  Mungkin tak boleh mandi laa kot.

Dekat Pantai Seagate, kami yg bukan driver sambung main bubble, yang menjadi driver melepaskan lelah dengan tidur.  Kasihan, memandu sepanjang 2 hari.

Lebih kurang pukul 4 macam tu, kami bertolak pulang, tapi bukan pulang terus.  Ada tempat tujuan lain.  Haha..  Pergi pekena pula Mee Udang Mak Teh dekat Kuala Sepetang, Taiping pula.  Tapi for me, Mee Udang dia tak laa sedap mana, cuma mungkin kepuasan makan mee dengan udang tu dapat lah.  Harga juga berbeza, untuk Mee Udang Darat harga dia RM6 dan Mee Udang Laut pula RM12.

Tapi Mee Udang Mak Teh popular juga, pernah juga masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

menikmati Mee Udang bersama… Ais Kacang laa, apa lagi. hiks ;D

Lepas makan di Kuala Sepetang ni.  Tamat sudah sessi jalan-jalan makan-makan di Penang + Kuala Sepetang, Taiping.  Kami punyalah gembira tak terkata.  Rasa kenyang pula rasa sampai hari Selasa lepas pulang dari Penang.  Perut penuh sepenuh-penuhnya lah.  HAHA..  Lepas ni, entah kemana laa kita nak serang ye.  Any suggestion friends?  hee..

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat kawan-kawan bloggers yang tinggal di seantero alam.  Marhaban ya Ramadhan.  :D

Entri Berkaitan

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

6 Responses so far

  1. Liyana L says:

    sedapnyaaaaaaaaaaaaa :o :o Liyana L´s last [type] ..What say you perempuan simpan video tak senonoh

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    Mmg sgt sedap, nyummy-nyummy…

    [Reply]

  2. x-po says:

    tak pernah lg sampai ke sebelah pulau huhu
    x-po´s last [type] ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    haha, harus cubalah kalau begitu :D

    [Reply]

  3. Chybee says:

    bestnye la jalan2 makan2 kat malaysia ni. dengki! hehehe….sorry lama xdtg jenguk feez. busy la. selalu dpt blogwalkign kejap je. if dah habes thesis nnt baru boleh enjoy :) Chybee´s last [type] ..From The Bottom Of My Heart

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    No Prob laa chybee..faham org merantau yg stdy ni.bzy memanjang. :D Good luck for ur thesis chybee.. eh, nnt balik sini, boleh laa chybee jalan2..

    [Reply]

Leave a Comment





CommentLuv badge
_ ^_^ ^_- ^Y^ >_< ;p :| :o :P :D :? :> :* :)

This site is protected by WP-CopyRightPro