Hai, Assalamualaikum. Salam Ukhwah, salam 1 Malaysia.
Dikala entry ni ditulis, sepatutnya kerja-kerja merobohkan tembok penjara pudu tu siap hari ini. Sepatutnya lah, tak tahu laa pulak maklumat terkini sbb saya punya tempat tinggal jauh sangat dari Penjara Pudu.
Secara terus terang, saya tidak pernah tahu pun pasal Tembok Penjara Pudu ini dirobohkan. Nampak sangat tak ambil tahu situasi semasa. Ya, saya agak lama tak tengok tv, tak baca paper. Kdg² jenguk BHOnline pun sekejap².
Rasa sedih juga bila tengok video ini. Kredit for BHOnline.
Saya tak sempat nak pergi tengok buat kali terakhir Penjara ni. Melawat kesana lagi lah tak pernah. Dapat tengok pun bila naik monorail or LRT yg lalu dekat situ. Dpt laa tengok sekali imbas.
Tapiiii, adik saya si KE tu sempat pulak pergi jenguk ke sana.. Tak aci betul.. pergi tak nak ajak. Ciss.. Tahu-tahu dia upload gambar dekat FB dia.
Nak tahu mana satu adik saya yang diberi jolokan nama glamour abg chik atau KE (sebutan Kay E)?? Dia tak pakai topi. HEH.
mmg selebet sikit dia ni.

Dia ada letak byk gmbr, tp semua gelap-gelap. jd saya pilih yg cerah-cerah sikit je laa eh. Hmm bila tanya dia kenapa tak masuk sampai ke dalam. Dia jwb tak berani.. HEHE.. reti pulak rasa takut.
Hmmm… lps ni tak da laa penjara dekat KL.. semua tinggal kenangan.. Gambar je laa dpt disimpan. Entry ni pulak boleh laa tunjuk dekat anak cucu cicit, kenalkan dorang dengan warisan negara yang telah dihapuskan demi keselesaan rakyat.
Sedikit info Penjara Pudu, Kuala Lumpur.
- Dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.
- Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an). –> murah je kn.. huhu..
- Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an).
- Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.
- Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.
Kredit untuk sumber.


Hilang sudah ia dari pandangan mata…banyak sejarah kiranya penjara pudu nie kan?generasi akan datang tanya nanti cuma tinggal gambar dan rakaman video sajalah?kalau mereka terasa nak tanya…
Piston Pecah´s last [type] ..Dia Wanita & Juga Terkuat Di Dunia
[Reply]
Feezmior Reply:
June 24th, 2010 at 3:02 pm
hmm.. tu laa.. nnt mst ada muzium penjara pudu pulak.dkt situ letak semua benda2 yg nak dibuat khazanah negara.
[Reply]
Dakjaat Reply:
June 25th, 2010 at 1:36 am
@Feezmior, kerajaan takkan bazirkan wang utk buat muzium penjara pudu.. yg mampu, hanya meninggalkan pintu gerbang penjara pudu utk kenang2an..
Dakjaat´s last [type] ..Kini Tiz Zaqyah, Lisa Surihani Mangsa Seterusnya?
[Reply]
Feezmior Reply:
June 25th, 2010 at 10:50 am
I see, ye laa.. bkn apa, terfikir mcmtu bila tngok Istana² lama dijadikan muzium.
kot laa dorang nk buat Muzium penjara pudu plak kn.
ouh, saya ingt di p runtuh habis semua..rupa2nya pintu gerbang je ditinggalkan..
huhu..
Azfarulg´s last [type] ..Promosi Web Hosting Rm1 Setahun (Terhad Kepada 10 Orang)
dengar cite tempat ni berhantu..
tak nak gi
[Reply]
Feezmior Reply:
June 24th, 2010 at 5:19 pm
heh,bkn dgr cerita, mmg betul rasanya.. hihi..tmpt lama, mana laa tak berpenunggu.
[Reply]
dah lah nak buat lorong bawah tanah, lepastu atas tu nak bina hotel dengan shopping complex, hantu hantu yang ada tu camana? eii mesti dia kacau orang dekat lorong bawah tanah tu nanti T_____________________T
btw sedih sebenarnya. dulu rara dengan syafi selalu lalu situ kalau nak pergi timesquare naik lrt star :( masa awal-awal bercinta dulu lah, kononnya tak nak naik motor. kehkeh
Rara´s last [type] ..What A Girl Want Part #3
[Reply]
Feezmior Reply:
June 24th, 2010 at 8:32 pm
tulaa kan.. apa nak buat..kerajaan kita ni kn pandai sgt bab-bab perancangan bandar..cubalaa dorang buat masjid ke kat situ, kn elok.. HIHI.. hantu2 tu pn tenang je..
dari dulu masa sekolah rendah teringin sgt nk pegi lawatan dkt penjara pudu..tp smpai skrg tak tercapai..
[Reply]
i x suke sgt doang nk roboh pnjara tuu
sbb tu kn kenangan
lps neh mesti tmpt tu berhantu n slalu eksiden
wuuu takot!
intanurulfateha´s last [type] ...bodoh lah aku sayang kau!
[Reply]
Feezmior Reply:
June 24th, 2010 at 11:31 pm
Hah, baik kita elakkan lalu jalan tu kn yang.. lps ni,sapa yg naik monorail yg lalu dkt situ for sure akn terserempak dgn hantu-hantu yg buat tunjuk perasaan..
[Reply]
berpenunggu atau tidak.. itu bukan masalahnya.. tetapi dah melarat sangat jemm kat kawasan tu.. bagi aku adalah wajar kerajaan robohkan saja.. penjara bukanlah suatu yg harus dibanggakan.. seperti alcatraz.. ade ke orang nak pergi situ? takde sangat pun… daripada membiarkan kawasan penjara pudu itu terbiar, lebih baik majukan kawasan itu. bukan kerajaan tamakkan pembangunan.. utk makluman, kawasan pudu adalah kawasan ahli PARLIMEN DAP Bukit Bintang. Kalau benar pembangkang yang berlabelkan DAP ni membantah dan mendengar suara rakyat agar penjara ini tidak dirobohkan sudah pasti beliau dengan sekutunya akan menentang perobohan tembok tersebut. kerja2 pengalian bawah tanah dalam kawasan penjara pudu sudah lama berlangsung sebelum perkara ini mdapat liputan oleh media massa. tiada alasan utk DAP mengatakan mereka baru tahu. DAn jika benar ianya khazanah negara, kenapa DAP tidak bertindak menghalangnya? Ini bermakna DAP sendiri juga bersetuju dengan tindakan kerajaan merobohkan tembok itu.. cuma meminta pintu gerbang pudu jail di kekalkan.. tiada masalah bagi kerajaan utk mengekalkannya sebagai tanda2 kenangan..
kerajaan terpaksa melakukan semua ini kerana mahukan rakyat selesa dan tenang. Takkan nak tunggu rakyat membebel2 baru kerajaan nak bertindak? Kerajaan bukan nak sangat bertindak pandai tetapi utk kesenangan rakyat. Yang tak bersetuju tu, tengoklah suatu masa nanti.. happy ke tidak mereka melalui kawasan yang dahulunya jemm skg ni tak jemm.. Mereka boleh menggatakan “oh sayangnya,, bangunan lama tu.. 120 tahun.. jgn la roboh” tetapi dalam tempoh 120 tahun seberapa kerap mereka ke sana? …. sebaliknya mereka mengotorkan kawasan tu ade la.. buang sampah sana sini.. conteng tembok.. hisap dadah di belakang tembok penjara.
[Reply]
Feezmior Reply:
June 24th, 2010 at 11:53 pm
[Reply]
Dakjaat Reply:
June 25th, 2010 at 1:35 am
@Feezmior, alamak… tak faham bahasa politik rupanya.. kekeke! takpe.. pasni kena la belajar…
hehehehehe!
Dakjaat´s last [type] ..Kini Tiz Zaqyah, Lisa Surihani Mangsa Seterusnya?
[Reply]
Feezmior Reply:
June 25th, 2010 at 10:49 am
hah, mmg tak minat politik.. tak da bakat pn dlm bidang politik. tp tak pa laa, apa yg awk share tu pn dh ckp buka minda org yg tak suka politik ni. ssb apa yg saya tulis dkt entry dn komen mmg tak terpaut bersama politik.
penjara pudu dirobohkn pn saya tahu lps dirobohkn.. inikn pulak nk tahu cerita disbalik tabir.. hehehe
babai penjara pudu. hehehe. tp dia nak bina apa ek kat situ?
huda´s last [type] ..Ini perempuan ke?
[Reply]
Feezmior Reply:
June 25th, 2010 at 1:56 pm
hah, tu kita tak pasti.dgr kata nk buat shopping complex lg. n perbaiki segi tiga emas. lps tu nk buat jalan bwh tanah.
tp keseluruhannya tak brapa nk pasti pulak.
[Reply]
Dah la tempat tu berhantu.. lagi nak buat shopping complex.. haru biru jadinya
Syafrizal´s last [type] ..Pameran produk halal tapi yang dipamerkan haram
[Reply]
Feezmior Reply:
July 1st, 2010 at 12:16 pm
I tak tahu apa dorang nk buat dgn tapak tu.. tp biar pembangunan tu menyenangkan rakyat. bukan menambah lagi kesesakan dkt area situ.
[Reply]