6

Pagi Isnin mmg begini agaknya

Posted June 21st, 2010. Filed under Uncategorized

Rasanya.. rasanya jarang saya tiada mood pagi Isnin.  Tapi hari ini, macam terasa sakit segalanya.  Sakit jiwa, sakit badan, sakit raga. Saya sangat jarang beremosi dekat blog saya, saya jarang sangat sebut pasal perasaan saya.

Kau kenapa feez??

Iya, saya sangat sedih pagi ini.  Sedih sebab apa? fikiran ni bercelaru sangat sejak malam tadi.  Saya tak tahu apa perlu di lakukan, nak luahkan dekat orang yg patut mendengar pun, dia seperti tidak mahu mendengar.  Tak kan asyik saya saja nak mengejar.  Penat heh jadi pengejar.  Baik diam kaku membisu, bicara dengan Sang Kasot kucing comel lagi baik.

Dan pagi ini, pagi ini mengalir sudah air mata, air mata kesal barangkali.  Airmata ini bukan saya minta untuk mengalir, tapi dia yang keluar sendiri, agaknya dia cuba mengurangkan perasaan saya ini. Dia pun tahu setabah mana tuan badan dia.

Err, siapa saya maksudkan ya? jika anda terasa, jangan sengan, dtg kepada saya, ungkapkan maaf anda.

Saya tahu, orang tak kan faham kalau kita tak meluahkan kepada orang itu, tapi penat ah.  Asyik nak cerita rasa tak puas hati kita jek, macam orang tak reti besyukur pulak.  Tapiii, kalau dh tahu perangai yang terpamer daripada saya, tolonglah sedar.  Saya bukan suka-suka hati nak buat org sakit hati.  Saya pun tak nak dia sakit hati dekat saya.  Cubalah belajar untuk mengenali sikap orang lain.

Dan hasil daripada jiwa kosong pagi ini, saya pautkan satu lagu jiwa.  Heh, bkn jiwa-jiwa meh, lagu jiwa saja.. tak payah nak tambah-tambah.  Nahhh, dengarkanlah.

Tajuk tu kena kah dengan entry ini?? ahh, bantai saja lah. :D please hati, tolonglah gembira kembali. Jgn dikenang pada yg tak sudi, si Kasot di rumah mgkn teman paling serasi. ♥ Kasot.

Nota tangan: bila jiwa goyah begini, hasutan syaitan merajai. Tenangkan hati, zikrullah di bibir jgn mati.

Sila baca

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

6 Responses so far

  1. lizz says:

    kalau menangis tu boleh bikin ilang rasa sedih, then nangis sepuasnya. kak liza tak boleh. lagi nangis, lagi rasa sedih sebab tu jarang nak nangis.hehehe.

    be positive ok. semua berlaku ada sebabnya ;)
    lizz´s last [type] ..Hidup Tak Perlu Jadi Plastik Sangat!

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    dia nangis tiba2 laa kak. feez sendiri tak tahu kenapa.tngah elok buat keje, terus keluar air mata.
    iya, feez ni kalau bab nasihat org pandai. tp bila kena diri sendiri tak tahu nak handle.

    [Reply]

  2. MrSup says:

    nape sedih ni? meh cite kat twitter..jangan sedih2.. sapekah yang dikejar tu? huhu..

    chill ok.. :) MrSup´s last [type] ..Juara Piala Dunia FIFA 2010

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    hiks, senganlah nak cerita. :D tak pe,skrg dah okay. thnks for concern ya..

    [Reply]

  3. jack says:

    there is this 1 penyakit called ‘Monday Morning Blues’ which is always menyerang lotsa people on every monday. mayb u got this penyakit :D jack´s last [type] ..Tidur 7-9 Jam

    [Reply]

    Feezmior Reply:

    err, I jrg oh dpt penyakit Isnin Biru. bila weekend tak best je jd mcmtuh.. haha

    [Reply]

Leave a Comment





CommentLuv badge
_ ^_^ ^_- ^Y^ >_< ;p :| :o :P :D :? :> :* :)

This site is protected by WP-CopyRightPro